terkini dan sensasi

Khamis, 5 Julai 2018

Sensitif sikit dengan ibu² ni!

Assalamualaikum...(^ ^)

Haishhh emo semacam pulak hari ni, ingat habis dah isu ibu surirumah dan ibu bekerja tu rupanya ada lagi yang buka mulut. Masa jamuan raya tadi Mas boraklah dengan kawan² pasal kisah sedih arwah adik Adam tu, tetiba ada staff lelaki ni menyampuk.

"Sebab itulah orang perempuan ni tak payah bekerja, duduk je rumah jaga anak. Senang dapat tengok anak membesar depan mata, makan pakai dia pun terjaga. Saya 7 anak semua isteri jaga!"


Amboi sedap mulut je dia cakap, apa dia ingat ibu bekerja ni tak jaga makan pakai anak ke? Tak tengok anak membesar ke, tak jaga sakit pening anak ke? Mas ni penat camne pun kerja tetap masak untuk anak², rela korban masa tidur dan bangun pukul 4 pagi untuk masak kat anak². Tetap semak kerja sekolah anak², tetap teman mereka ulangkaji pelajaran. Takde pun balik kerja Mas goyang kaki senang lenang, Mas tahu tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Lagi pun kerja atau tak seorang ibu, itu rezeki masing² yang Allah dah tetapkan. Siapa kita untuk menidakkan! Mas ni cemburu tengok ibu² surirumah ni, seronok dapat jaga anak 24 jam setiap hari. Tapi cemburu camne pun itu dah rezeki mereka kan, rezeki Mas kena bekerja untuk bantu keluarga. Siapa tak nak jadi surirumah jaga anak je, semua ibu impikan hasrat tu. Jadi janganlah dok kecam dan cakap itu ini dan bandingkan mereka, sedih hati ibu² ni tau.

Pastu bukan itu je dia cakap korang, siap cakap mak arwah Adam tu jaga anak orang kat wad tapi anak sendiri tak terjaga. Akhirnya anak mati camtu je! Ya Allah, jahatnya mulut dia. Mas kenangkan dia orang tua je, kalau tak mau Mas carutkan je dia. Dia ingat kematian ni perkara main² je, semua tu kuasa Allah. Kalau Allah dah tetapkan anak kau akan mati kat rumah di bawah jagaan kau, dia tetap akan mati. Tengok sajalah kes anak lemas dalam bilik air, anak dilanggar kereta dipandu ayah sendiri dan macam² lagi. Semua tu terjadi mak ayah mintak ke, biarkan ke? Sudah tentulah tak!

Patutnya dia ni bersyukur isteri dapat jaga semua anak² dia, bukan dok cakap kat orang sesuka hati je. Tak sensitif langsung dan tak fikir pun bahagian dia nanti, mungkin lebih dahsyat!

2 ulasan:

  1. Allah uji manusia dengan ujian sekadar kemampuan. mulut orang memang kita xkan dapat tutup semuanya. bekerja atau tak bekerja masing2 ada ujian tersendiri. yang tanggung saja tahu kan.. memang kena banyak sabar..

    BalasPadam
  2. Semua pakai baju merah. Nampak jelita sangat.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com