Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 17 Ogos 2018

Ehhh jerebu ke?

Assalamualaikum...(^ ^)

Memang betullah jerebu! Tengahari tadi Mas keluar kejap dari pejabat sebab nak ambik barang kat kereta, sekali sampai je kat luar terus bau asap yang kuat. Pedih mata dan hidung, lagi pun udara berasap je!

kredit FB Perbadanan Putrajaya

Haaa bahaya bila dah datang fenomena jerebu ni, nak riadah kat luar rumah pun dah tak selamat. Terutama untuk anak² kecil, boleh sebabkan sakit tekak dan demam ni. Dahlah cuaca sangat panas sekarang, bila ada jerebu ni lagilah rasa kering je. Nak sedut udara kat luar pun tak selamat.

Katanya jerebu melanda ni disebabkan kebakaran hutan di Indonesia, teruk katanya di sana. Khabarnya dari minggu lepas lagi ada kebakaran hutan kat sana, boleh baca berita bbc news Indonesia ni. Usaha memadamkan api kebakaran pun giat dijalankan, moga cepatlah kembali pulih, Tak nak jerebu teruk seperti tahun sebelum ni terjadi kembali.

Jadi kita ambiklah langkah berjaga², beli topeng muka dan pakai jika berada di luar rumah. Pastu pantau aktiviti anak², kalau boleh jangan biarkan anak berada di luar buat masa ni. Lagi satu kena banyak minum air masak, dan kerap mandi supaya badan sentiasa sejuk. Kalau rasa nak demam, batuk dan selsema cepatlah berjumpa dengan doktor. 


Fuhhh nasiblah esok nak balik kampung dah, takdelah terdedah sangat dengan cuaca jerebu ni. Udara kat kampung segar sikit sebab banyak pokok keliling rumah.

2 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com