Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 14 Ogos 2018

Nak jadi pomen ke Aiyra?

Assalamualaikum...(^ ^)

Aiyra ni kan macam lipas kudung tau, pantang lepas laju je dia. Kadang Mas selalulah bawak dia dok lepak kat depan rumah tu, dia punya nak lepaskan diri macam dah pandai jalan je. Padahal dok merangkak lagi tu, tapi nak lepas ke sana sini. Boleh tahan si kecik ni!


Petang Ahad lepas Mas sajalah lepak depan rumah tu sambil tengok babah dia dok baiki kereta. Dia nampak je babah dok sibuk pegang spanar, dia pun nak pegang jugak. Siap meronta² nak lepaskan diri, sambil mulut pun jerit². Haaa geram je tengok, kemain lagi dia.

Pastu Mas sajalah lepaskan, laju je dia dok pergi kat babahnya. Terus berdiri berpegang kat kereta tu, macam pandai je nak tolong babah tu. Tangan kenit tu memang dok capai sana sinilah, babah tak bagi dia jerit tau. Hahahaa nak jadi pomen kereta jugak ke dik!

Sekarang memang peringkat dia tengah nak explore semua benda, jadi Mas bagi je. Janji Mas pantau keselamatan dia dan tak memudaratkan, Mas biarkan je. Tak boleh nak kongkong sangat, itu ini tak boleh. Nanti anak jadi pasif pulak kan, jadi biar dia belajar. Kalau dia dah tahu apa dibuat tu akan jadi kotor atau sakit, mesti dia akan serik dan tak nak buat dah. Kalau kita dok halang lagilah dia nak buat kan?


Camtulah anak² nak membesar, dia nak alami semua benda. Bila dia dah rasa baru dia akan pandai bezakan mana elok mana tak. Ok Aiyra, nanti tolong babah pomen lagi ye!

1 ulasan:

  1. hehe umur2 macam ni cognitive mula berkembang tu yang nak explore semua =)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com