terkini dan sensasi

Rabu, 15 Ogos 2018

Peringatan untuk diri sendiri!

Assalamualaikum...(^ ^)

Esok roadtax Mr Ex dah tamat tempoh, jadi hari ni sibuklah uruskan nak renew insurans dan roadtax baru. Nasiblah semalam dah gaji, kalau tak melopong jelah. Nak balik kampung pun tak lepas kalau roadtax dah mati kan? 


Jadi husband pun mintaklah tolong kawan dia yang kerja insurans untuk uruskan, senang sikit. Bila dia dah kira jumlah yang perlu dibayar dan masuk dalam sistem MyEG, sekali tak boleh nak renew. Nama Mas blacklist sebab ada saman trafik yang belum dibayar, haaa terkejut jugaklah. Puas dok ingat saman mana ni, hadoi camnelah boleh pulak lupa. Pastu baru ingat memang Mas ada satu saman masa kemalangan tahun 2014, Mas langgar belakang kereta orang. Boleh baca kisah kemalangan tu!

Haaa salah diri sendirilah kan, siapa suruh tak bayar awal². Bila dah jadi camni, padan mukalah kat diri sendiri sebab ambik sikap sambil lewa dan tak kisah pasal saman. Jadi kenalah selesaikan saman dulu baru boleh hidupkan roadtax, nasib badanlah kan? Hehehee melayang jugaklah RM230, nasiblah polis trafik baik hati bagi diskaun RM70.  Fuhhh lega bila dah bayar tu!

Bila dah jadi camni kenalah beringat dan jadikan pengajaran, lepas ni kalau ada saman kenalah bayar cepat². Jangan tangguh nanti bila dah lama kita akan lupa, pastu mulalah kelam kabut bila ada urusan melibatkan renew roadtax kereta dan lesen. Jadi kalau korang yang ada saman trafik atau JPJ tu cepat²lah bayar, jangan jadi macam Mas ni. Bila nama dah blacklist barulah terkial² nak bayar! 

Sama² kita beringat ye, jangan pandang remeh bab saman ni. Haaa pergi cepat semak kot korang ada saman yang masih tertunggak!

1 ulasan:

  1. Thanks for reminding kak mas.nanti kalau lupa, parah gak bila tiba waktu nak membayar roadtax tu. Huhu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com