terkini dan sensasi

Ahad, 5 Ogos 2018

Rezeki makan buah lagi!

Assalamualaikum...(^ ^)

Memang terkilan sangat kalau tak dapat balik kampung sebab buah durian dah tinggal sikit je, semua buah dah habis gugur. Tapi lega ada juga rezeki nak makan buah lagi, nasib Mr Ex bagi kerjasama dan dapat dibaiki. Haaa bacalah cerita bila Mr Ex rosak lagi ni!

Jadi bila tak dapat balik Jumaat tu, Mas pun balik hari ni je. Seawal jam 6 pagi kami dah mulakan perjalanan dari rumah ke kampung, sampai di Temerloh jam 9 pagi. Sampai je wajib jalan² kat Pekan Sehari Temerloh dulu, cari gula kabung, kuih ladu, kerepek pisang tanduk, kuih muih, petai kampung dan macam² lagi. Memang berhabis duit kalau pergi pekan sehari ni, ada je benda nak beli.



Pastu terus ke rumah di kampung, sampai je dah ada selonggok durian menanti. Apa lagi, kenduri durianlah dulu. Mana tahan bau durian yang menusuk hidung tu, memanggil² je suruh dimakan. Memang buah durian dah habis gugur semua, takde dah kat atas pokok tu. Itu pun nasib baik makcik jiran tolong kumpulkan buah, dapatlah makan dan buat tempoyak sikit. Puashati sangat!

Tapi durian dah habis, buah rambutan pulak masak meranum. Tugas abam bomba ai lah dok panjat pokok dan potong dahan, dapatlah kami adik beradik bawak balik sikit sorang. Sedap rambutan ni, gula batu punya. Manis sangat buahnya, sekali hadap memang tak boleh nak berhenti makan. Banyak lagi buah rambutan ni, ada 2 pokok lagi yang belum masak ranum. Balik raya haji ni puaslah makan rambutan lagi!



Buah manggis pun ada lagi, tapi Mas tak sempat nak jolok. Yelah balik hari je kan, kalau bermalam mau dapat 200 ke 300 bijik buahnya. Ralat jugak tak dapat ambik buahnya, tapi kekangan masa tu tak boleh elak. Kalau balik raya nanti masih ada rezeki, dapatlah lagi nak makan. Pastu ada pulak rezeki buah duku langsat, semua tengah berputik kat pokok tu. Insya Allah kalau tak dikerjakan oleh tupai kera, lagi 2-3 bulan bolehlah kutip hasil.

Nanti tunggu musim buah durian akan datang pulak!

1 ulasan:

  1. Tudiaaa..buah durian tu menggoda kalbu..rambutan kalau tak dapat SA x kisah sgt..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com