terkini dan sensasi

Rabu, 12 September 2018

Berwaspadalah kita dimana saja!

Assalamualaikum...(^ ^)

Simpati betul tengok nasib kakak yang kena samun kat kedai dobi tu, mesti dia trauma kan. Pastu si penyamun tu pulak nampak macam budak remaja je, berani betul depa. Siap guna senjata lagi tu, haihhh bahaya betul.


Sebab itulah kita ni walau di mana pun kena berhati², sebolehnya elakkanlah pergi tu berseorangan terutamanya wanita. Memang kita rasa, alah pergi kejap je dan tak risau apa yang berlaku. Tapi yang kejap itulah kadang mengundang bahaya, nak² kita bersendirian. 

Macam Mas kalau nak ke dobi atau keluar duit di mesin ATM pada waktu malam memang husband tak pernah izinkan, biar dia je yang pergi. Walaupun Mas cakap sekejap je dia tetap tak benarkan, dia tahu keadaan camtu memang bahaya. Jadi biarlah masa dia takde kerja dia akan ke dobi setelkan kain baju yang nak dikeringkan, lambat pun takpe janji bukan Mas yang pergi.

Pastu kalau nak keluarkan duit kat ATM, dia suruh Mas pergi waktu siang dan waktu orang ramai. Kalau terdesak nak keluarkan duit sebelah malam, dia yang akan pergi. Biarlah orang nak kata Mas tak reti berdikari, semua benda nak harap husband buatkan. Haaa dia nak jaga keselamatan bini dialah, jadi tak kan Mas nak bantah kan. Bahaya ni ada di mana² walaupun kadang tu kita dah berhati²!

Beringatlah ye, jadikan kes kakak kat kedai dobi tu pengajaran. Walau kita berani camne pun biar ada teman, dan kalau tempat tu sunyi kita bawak senjata untuk pertahankan diri. Macam spray cili tu ke, haaa penyamun kena memang mengelupur dia. Lagi satu nak ingatkan pergi tempat camtu elakkan bawak duit banyak² dan pakai barang kemas, semua tu boleh tarik perhatian penyamun!

2 ulasan:

  1. Kannnn sangat menakutkan..
    Buat masa ni belum pernah lagi ke dobi seorang, biasa Suami ikut..
    Sampaikan Suami belikan dryer letak rumah, senang katanya ...

    Moga kita di jauhkan dari segala bala dunia...

    BalasPadam
  2. woooh kes ni ya rabbi sedih tengok keadaan skrng kat negara kita T.T semoga kita semua sentiasa dilindungi olehNya dalam apa jua keadaan. kalau boleh pegi mana2 biarla berteman..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com