terkini dan sensasi

Isnin, 10 September 2018

Bila Aiyra dah pandai berjalan

Assalamualaikum...(^ ^)

Mama, Aiyra dah pandai berdiri sendiri dan jalan!"


Haaa gembira sangatlah kakak² dan abang dia bila adik tu dah boleh diri dan berjalan. Setiap kali adik tu berdiri dan mengatur langkah semuanya seronok, hehehee macam menang award je. Aiyra pulak lagilah seronok bila orang sorakkan dia, terus nak jalan laju². Kemain lagi, padahal baru je pandai jalan!

Anak Mas yang perempuan memang semuanya cepat jalan, umur 10-11 bulan dah mengatur langkah. Yang paling awal jalan kakak Atikahlah, umur 10 bulan dah jalan laju. Airis dan Aiyra umur 11 bulan baru boleh atur langkah dengan seimbang, berdiri sendiri dan jalan.

Macam Aiyra ni masa umur 10 bulan dia dah boleh melangkah 2-3 tapak, tapi kena kita yang dirikan dia. Tapi masa tu dia takut² lagi nak berjalan, langkah setapak terus duduk balik. Merangkak laju² lagi best bagi dia, hehehee dasar malas kan kau dik! Cuma bila Mas dirikan dia barulah rajin sikit nak melangkah, sehari 2-3 kali pun cukup dah


Tapi sekarang sejak dah pandai berdiri sendiri, asyik nak berjalan jelah. Pastu terus jadi jenis tak sabar, nak jalan laju² sampai terjatuh. Dah cakap jalan perlahan², tapi biasalah dia punya seronok tu sampai tak boleh kawal. Kena kerap berlatih tu agaknya sebab tak sabar nak berlari pulak, hehehee letihlah mama nak kawal lepas ni.

Sedar tak sedar je, cepat betul Aiyra membesar!

1 ulasan:

  1. kejapnya dah boleh jalan . tak jumpa awak lagi aiyra

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com