Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 2 November 2018

Belanjawan 2019

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa mungkin sekarang sesi pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan kita dah bermula kot, Mas tak on radio lagi ni. Kejap lagi baru nak dengar, selesaikan kerja dulu.


Tahun ni merupakan tahun pertama kerajaan baharu membentangkan bajet, mesti ramai yang nak dengar kan? Pastu rakyat mesti berharap akan ada perubahan untuk kehidupan mereka supaya kos sara hidup tak membebankan. Yang penting kos sara hidup turun dan taraf hidup kita makin meningkat dan selesa. Pastu mereka jugak nak cukai yang membebankan itu bakal dimansuhkan!

Harapan Mas pulak sudah tentulah nak bonus, hahahaa awal² dah mintak bonus. Yelah dah lama sangat tak dapat bonus, sekurangnya sebulan gaji pun jadilah kan? Kalau dapat bolehlah digunakan untuk persiapan persekolahan anak², ada lebih boleh simpan. Kalau tak pun Mas tak sedih sangat, Mas tahu ekonomi negara pun baru nak pulih kan?

Pastu harap jugak moga kenaikan gaji penjawat awam Kumpulan Pelaksana ni diberikan kenaikan, dapat 1 tangga pun jadilah. Yelah dengan kos sara hidup yang agak tinggi ni, semua tu penting dan dapat membantu. Tak pun dapat naik 3% pun jadilah kan?

Lagi Mas harapkan ada penambahbaikan dalam sektor pendidikan dan perubatan. Ye bab pendidikan kita dah dengar berita baik pasal pemansuhan peperiksaan untuk murid Tahap 1, cuma harap ada penambahbaikan lain pulak. Bab perubatan pulak kenalah tambahkan lagi Klinik 1 Malaysia, dan tambahbaik lagi perkhidmatan di klinik dan hospital.

Itu je harapan Mas, moga ada berita gembira kita semua!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com