terkini dan sensasi

Isnin, 16 Disember 2019

Gegar Vaganza 6 : Minggu Separuh Akhir

Assalamualaikum...(^ ^)

Satu minggu lagi untuk kita ketahui siapakah Juara GV6, haaa dah ada ke calon juara. Bagi Mas dari awal dah target Naqiu bakal dapat gelaran tu sebab boleh dikatakan setiap minggu persembahan dia tak mengecewakan. Ehhh tetiru ayat keramat Datuk Yusof Haslam pulak, hahahaa! 


Tapi semua tu atas kuasa juri, kita penonton hanya mampu buat andaian je. Saingan Naqiu si Hardy Mirza tu tak kurang hebatnya kan? Moga ada rezeki Naqiu sebab Mas nampak dia memang berbakat dan vokal pun terbaik, bak kata Tok Ram "He is gifted!"

Berbalik pada konsert separuh akhir minggu ni, 2 peserta gagal ke pentas akhir iaitu Wann dan Norshila Amin. Memang dah jangka dari awal bila tengok persembahan mereka, agak goyah dan kurang menyengat. Hambar je Mas tengok, vokal pun kurang mantap. Apa pun tahniah pada mereka berdua berjaya hingga ke konsert separuh akhir, moga kerjaya nyanyian mereka terus maju jaya. 

Pastu yang layak bagi Mas dapat markah tertinggi adalah Naqiu sebab vokal dia lagi mantap. Tapi juri lebih memihak pada Hardy Mirza, mungkin sebab persembahan dia lebih ada jiwa kot? Entahlah Mas nampak biasa je untuk lagu solo, untuk duet pun nampak Dia Fadila lagi menyerlah. Bukan nak bias pada Naqiu tapi sebab Mas tengok setiap minggu kan, jadi Mas tahu camne persembahan mereka walaupun Mas bukan juri professional. 


Naqiu ni walaupun persembahan dia kadang tu takde xfactor tapi vokal dia tak pernah sumbang, sentiasa mantap dan terbaik. Bagi jelah lagu apa pun, dia boleh sampaikan dengan bagus dan gaya tersendiri. Masa lagu Tinting tu walau juri cakap kurang menyerlah tapi bagi Mas dia dah cuba yang terbaik, Mas suka tengok kelainan yang dia berani buat. 

Opsss terlebih pulak puji pasal Naqiu, bukan apa bagi Mas dia memang berbakat. Harap peserta lain contohi dia, buat yang terbaik dan cipta kelainan di konsert akhir nanti. Semua peserta ada kelebihan tersendiri dan mampu bagi saingan! Tak sabar rasanya nak tengok konsert akhir nanti, tapi sebelum tu nak sentuh bab lagu battle sikit. Mas agak kurang setuju setiap kali GV mesti ada lagu battle bergenre rap, memang nak uji kemampuan peserta tapi boleh je genre lain kan? Kalau nak buat genre rap jugak pemilihan lagu perlulah lagu yang sesuai, bukannya lagu rap English seperti lagu battle nanti. Tergeliat lidah penyanyi yang bukan rappers nak nyanyi! Harap pihak produksi bagi perhatian sikit bab lagu battle ni.


Inilah pilihan lagu solo dan lagu battle untuk konsert akhir nanti, tapi pasangan battle belum tahu lagi siapa dengan siapa. Moga pasangan battle buat yang terbaik untuk battle round nanti, lagu agak mencabar jugak tu. Lagu solo pun semuanya best, tak sabar!

Lagu Battle
Haa Tepok (K-Clique & Kidd Santhe)
In The End (Linkin Park)
Angguk² Geleng² (Ahli Fiqir)

Lagu Solo
Hady Mirza | Ku Bersuara (Ernie Zakri)
Naqiu | Srikandi Cintaku (Bloodshed)
One Nation Emcees | Melompat Lebih Tinggi (Sheila On 7)
Jatt | Without You (Harry Nilsson)
Nurfatima | Insan (Yantzen)
Sham Visa | Haruskah Diuji (Farish)

2 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com