Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 9 Disember 2019

Gegar Vaganza 6 : Minggu Suku Akhir Kedua

Assalamualaikum...(^ ^)

Tiada penyingkiran, haaa dah agak mesti minggu ni semua peserta akan mara ke separuh akhir. Pastu minggu depan mesti akan ada 2 penyingkiran sebab konsert final hanya 6 peserta je bakal berentap, sama macam 5 episod GV sebelum ni. Tapi tak tahulah kalau Astro buat kejutan kan? 


Untuk konsert suku akhir kedua ni, Mas rasa macam separuh dari peserta agak hambar je persembahan mereka. 4 peserta awal nampak mendatar nyanyian mereka, tiada yang menyerlah sangat pun. Sampaikan Mas cakap ini ke konsert suku akhir, tak seperti minggu sebelumnya. 

Tapi bila One Nation Emcess buat persembahan yang sangat bagus barulah rasa tengok konsert suku akhir. Nyanyian dan harmoni mereka yang mantap dan menghiburkan telah memikat hati semua juri dan mendapat markah tertinggi. Pastu diikuti dengan persembahan dari Hardy Mirza dan Naqiu yang tak kurang hebatnya. Mereka berdua ni memang saling bersaing untuk beri yang terbaik!


Di konsert separuh akhir minggu depan, 8 peserta bakal menyanyikan 2 buah lagu. Satu akan dinyanyikan solo dan satu lagu lagi akan berduet dengan rakan artis. Tapi lagu duet tu tak tahulah lagu yang mana satu, kena tengok nanti. Dengan tema Fabulous, inilah lagu-lagu di konsert semi final dan rakan duet yang bakal berganding dengan para peserta. 

One Nation Emcees | Seribu Tahun (Imran Ajmain) & Drama (Drama Band) duet Lan Solo
Hady Mirza | All My Life (K-Ci & Jojo) & Takdir Tercipta (Hafiz Suip & Adira) duet Dia Fadila
Naqiu | Always (Bon Jovi) & Hanya Namamu (Caliph Buskers) duet Azmi Saat
Jatt | Zakia (Achmad Albar) & Kumiliki Bayangmu (Datuk Ramli Sarip) duet Zur Eda
Nurfatima | Kau Pergi Tanpa Pesan (Ellya Khadam) & Kali Pertama (Fairuz Hussein) duet Noryn Aziz
Norshila Amin | Kerna Terpaksa (Francissca Peter) & Dialah Dihati (Dato' Sri Siti Nurhaliza) duet Ifa Raziah
Sham Visa | Usang (Rahim Maarof) & Permata Untuk Isteriku (Kopratasa) duet Sani & Usop Kopratasa
Wann | Ku Gembira Di Sampingmu (Khatijah Ibrahim) & Dua Insan (Yunizar Hussein & Dato' M. Nasir) duet Zarul Umbrella 

1 ulasan:

  1. semangat kak ye..un x pernah tgk ..baca update kawan2 je la kat blog

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com