Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 6 Disember 2019

Back To School: Pusat Pakaian Hari Hari jadi pilihan

Assalamualaikum...(^ ^)

Disember kembali!


Haaa bila masuk bulan Disember ni, semua ibu bapa mesti dah bersiap sedia dengan misi mencari kelengkapan persekolahan anak². Mas pun tak ketinggalan, bermula je cuti sekolah hari tu dah suruh anak² buat senarai apa yang perlu dibeli. Kena buat senarai supaya senang Mas nak kira bajet, pastu pentingkan yang betul² perlu dibeli supaya bajet mencukupi.

Bila masuk bab membeli kelengkapan persekolahan anak² ni, sudah tentu Mas ada kedai favourite yang Mas suka pergi. Bukan apa sebab Mas dah tahu kualiti dan harga pakaian di situ, jadi tak perlu pening² nak fikir. Lagi pun tempat tu berhampiran dengan rumah, jimat masa dan tenaga jugak kan?


Pusat Pakaian Hari Hari Jadi Pilihan!
Haaa pilihan Mas sudah tentulah Pusat Pakaian Hari Hari, memang dari si kakak mula bersekolah Mas beli kelengkapan sekolah kat Hari Hari ni. Sebab utama Mas memilih sudah tentulah harga pakaian yang berpatutan. Untuk sepasang pakaian sekolah boleh dibeli dengan harga kurang dari RM65, murah kan?


Macam Mas beli hari tu untuk sepasang baju sekolah menengah perempuan baru RM46.90, untuk sepasang baju sekolah rendah perempuan pulak hanya RM37.90. Arfan pulak hanya beli baju uniform putih sahaja dengan harga RM29.90 sehelai, pastu dia jadi pengawas pusat sumber jadi kena beli baju warna hijau dengan harga RM27.90 dan seluar hitam berharga RM21.90 je. Seluar sekolah pun murah, semuanya harga bawah RM50 sehelai. Fuhhh berbaloi sangat membeli di Hari Hari ni!


Kain Pakaian Sekolah Berkualiti
Bukan sahaja harga murah tapi kain pakaian sekolah di Hari Hari ni sangat berkualiti. Dah bertahun Mas beli untuk anak², takdelah masalah kainnya mudah koyak atau cepat lusuh. Walaupun pakai selama setahun tapi kualiti kainnya tetap elok, malah boleh dipakai lagi untuk tahun seterusnya.


Jenama pakaian sekolah di Hari Hari ni ada dua, iaitu Jony & Jeny dan No Problem. Untuk 2 jenama ni ada perbezaan dari segi saiz, kualiti kain dan harga. Bagi anak² mereka lebih suka jenama Jony & Jeny, mereka kata kainnya selesa dipakai dan tahan lama. Biasanya mereka akan pilih kain jenis licin, mudah untuk diseterika. Kalau suka kain jenis cotton pun ada!


Kelengkapan Persekolahan Lengkap!
Paling seronok membeli belah di Hari Hari ni sebab ianya ada kelengkapan sekolah yang lengkap seperti set lengkap pakaian sekolah, set lengkap pakaian pegawas, kasut, stokin, tudung, tshirt sukan, tracksuit, baju melayu, sampin dan songkok. Haaa semua ada, cukup lengkap. Dah tak perlu nak pergi beli di tempat lain.


Bukan itu sahaja korang, beg sekolah dan alat tulis pun ada dijual. Arfan dan Airis terus beli beg sekolah siap², harga murah sangat baru RM39.90 je sebuah. Selain tu ada jugak botol air, satu baru harga tak sampai RM10. Apa lagi anak² terus sambar sorang satu, Aiyra pun tak ketinggalan nak jugak botol air baru.




Layan Staf Yang Mesra
Satu lagi Mas suka tentang Hari Hari ni ialah layanan pekerja mereka yang mesra. Bila pelanggan datang semua staf terus ucap "Selamat Datang" dan bila kita nak balik mereka akan ucap "Terima kasih dan Datang Lagi". Semua staf yer tak terkecuali, dan akan diucapkan pada setiap pelanggan yang keluar masuk.

Pastu pekerjanya sangat membantu, apa yang Mas nak dan tanya mereka akan cuba bantu sebaik mungkin. Bila ada layanan sebegini barulah kita seronok nak berbeli belah kan, baru rasa sangat berbaloi!


Promosi Hadiah Percuma dan Diskaun 15%
Ini lagi satu yang menarik sempena promosi kembali ke sekolah, untuk pembelian dari RM30 ke RM150 korang boleh dapat pilihan hadiah percuma seperti kalendar, stokin putih atau kasut sekolah putih. Macam Mas hari tu habis shopping RM410 jadi Mas ambik hadiah 2 pasang kasut putih untuk Airis, boleh dia pakai untuk sukan dan jalan².


Pastu untuk pemegang Kad Debit/Kredit CIMB boleh dapat diskaun 15% bermula 1 Disember hingga 31 Disember 2019. Haaa lagi sempena back to school ni Hari Hari melancarkan pembelian atas talian di www.ehari.com, di mana semua barangan sekolah diberi diskaun 15% bagi pembelian online. Paling syok penghantaran PERCUMA untuk pembelian minima RM50. Haaa gila tak gila lah Hari Hari ni!


Cawangan Pusat Pakaian Hari Hari
Di seluruh Malaysia ada sebanyak 86 cawangan Hari Hari, banyak kan? Layari je www.hari.com.my untuk ketahui cawangan mana yang berdekatan dengan korang!

Untuk maklumat lanjut dan info terkini boleh ikuti laman sosial Hari Hari.

Instagram: @harihariofficial

10 ulasan:

  1. ammi belum pernah lagi shopping baju sekolah kat hari-hari sebab tak terlintas pun kat pikiran. weekend ni bolehlah pergi. Nampak ada gak baju warna hijau & purple. senang sikit semua kat bawah 1 bumbung.

    BalasPadam
  2. Kak nina suka beli kelengkapan sekolah kat Hari-Hari sebab one stop center. Semua ada setempat. Lagipun kualiti superb dan harga mampu beli. Nak nak macam kak nina ni punya 4 orang anam yang bersekolah. Hari-Hari terbaik laaaa

    BalasPadam
  3. Senang bila semua ada fekat satu ekdai ni.. Lagipun outlet hari2 ni ada banyak.. Senang.. Harga pun murah

    BalasPadam
  4. kak, samalahun pun shopping kat Hari-hari, best sangat

    BalasPadam
  5. Memang berbaloi beli kat sini. Baju berkualiti harga berpatutan. Beli secara bijak

    BalasPadam
  6. dah masuk bulan biu bapa sibuk dengan kelengkapan sekolah anak pulak.

    BalasPadam
  7. Ina pun suka shopping sini. Tak penat, semua satu bumbung. Yang penting harga di Hari Hari ni mampu milik serta berkualiti pakaian sekolah

    BalasPadam
  8. Sama la kita Mas. Lya pn dah sopjng kelengkapan sekolah ank2 kat hari2. Berbaloi2 beki kat sini sbb harga murah dan dpt barangan berkualiti.

    BalasPadam
  9. Lengkap semua ada kat Hari Hari.

    BalasPadam
  10. Please buka cawangan pusat pakaian hari hari di Kampar Perak.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com