Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 1 Disember 2021

Menarik di Sekinchan

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebelum ni ada baca pasal apa yang menarik di Sekinchan jadi terus rasa teringin sangat nak ke sana. Pastu officemate pulak asal dari sana, jadi banyaklah dia cerita pasal tempat² menarik kat Sekinchan tu. Lagilah teruja nak pergi, yelah Mas tak pernah tahu pun kat sana ada tempat² best untuk dilawati.

Ikutkan dari awal November dah nak pergi tapi disebabkan kekangan kerja husband, asyik tangguh jelah. Alhamdulillah Sabtu baru ni ada rezeki dapat pergi, apa lagi seronoklah Mas! 

Sawah Padi Sekinchan


Perjalanan ke Sekinchan ni mengambil masa 2 jam lebih melalui lebuhraya Latar, boleh tahan jugak jauhnya. Tapi perjalanan tu berbaloi bila ketibaan kami di bandar Sekinchan disambut dengan sawah padi yang terbentang luas. Masa tu memang padi dah hampir menguning dan akan dituai dalan masa sebulan lagi. Mas memang teruja tengok sawah padi yang menghijau, cantik sangat! 




Nak masuk ke sawah padi tu kami hanya waze Sawah Padi Sekinchan, teruslah sampai ke tepi sawah. Kereta pun boleh bawak sampai ke tepi batas, haaa memang puaslah dapat bergambar. Kat situ ada jugak Muzium Padi yang boleh dilawati, tapi kami tak pergi pun sebab dah seronok sangat dapat tengok sawah padi terbentang luas dengan angin yang menyamankan.

Mee Udang King Original


Dah penat bergambar, perut pun mesti lapar. Orang kata kalau datang ke Sekinchan wajib cuba makan mee udang, jadi kami pun apa lagi terus waze cari kedai mee udang. Memang banyak kedai tapi pilihan kami Kedai Mee Udang King Original yang terletak di Batu 23, Sg Nibong Sekinchan. 

Di sini ada dijual pelbagai pilihan mee udang dengan harga yang berpatutan dan setimpal dengan rasanya. Ada Mee Udang Biasa, Mee Udang Banjir, Mee Udang King dan Mee Udang Pok Tek. Selain mee udang ada jugak menu² lain seperti pilihan aneka Nasi Goreng, Mee Goreng, Tom Yam dan macam² lagi. 



Menu pilihan Mas dah tentulah Mee Udang King yang berharga RM20 semangkuk. Sedap dan puashati makan, berbaloi dengan harganya. 

Laman Tebu Aidil Sekinchan


Dah kenyang perut barulah seronok nak teruskan perjalanan, jadi kami pergi pulak ke Laman Tebu Aidil. Tempat ni memang dah viral jadi ramai sangat pengunjung, nak pulak datang hujung minggu. Nak cari parking memang kena sabar sikitlah, waktu ramai pengunjung memang jauh sikit dapat tempat letak kereta. 

Kat sini ada pelbagai pilihan gerai makanan, jadi bolehlah rehat² santai sambil menikmati makanan dan minuman. Yang paling penting jangan lepaskan peluang bergambar di laman tebu ni, cantik sangat! Tapi lama jugaklah kena tunggu nak dapat bergambar takde background orang lain, yelah datang waktu ramai pengunjung kan? Lagi pun nak abadikan kenangan kenalah sabar! 




Pastu jangan lupa beli air tebu yang dijual dengan harga RM2 secawan, barulah segar tekak di cuaca panas tu!

Sekinchan Coconut Farm


Seterusnya kami pergi ke satu lagi tempat viral iaitu Sekinchan Coconut Farm. Kat sini pun ada pelbagai gerai makanan dan minuman, yang laris sudah tentulah air kelapa segar dan Coconut Shake. Cuma harganya agak mahal sedikitlah, kelapa segar berharga RM5 sebijik dan Coconut Shake berharga RM8 secawan.

Sesi bergambar wajiblah bagi seorang Mas, nak sampai situ bukan senang kan jadi kenalah abadi kenangan. Kawasan kebun kelapa ni agak luas jadi mudahlah nak bergambar, tak perlu tunggu orang takde. 


 

Pasar Pantai Remis
Tempat terakhir kami pergi sebelum balik adalah Pasar Pantai Remis. Orang kata ikan dan hidupan laut kat pasar ni murah² jadi sebab itulah Mas teringin nak pergi. Pasar ni dibuka dari pagi hingga ke malam rasanya, sebab masa kami pergi pukul 6.30 petang masih ramai peniaga. 

Bagi Mas harga ikan kat pasar ni takdelah semua murah, ada yang murah sikit dan ada yang harganya sama dengan kat tempat lain. Mas beli kerang sekilo memang murah, saiz sederhana baru RM13 sekilo. Udang saiz sederhana ada dijual RM10 sepinggan, puashatilah beli. Ikan siakap kayangan pulak berharga RM20 sekilo, kami beli seekor saiz sederhana baru RM14. Haaa bolehlah kan?

juadah hasil belian di Pasar Pantai Remis

Selain peniaga menjual ikan, ada jugak gerai² menjual makanan dan minuman. Yelah kat tepi pantai kan memang sesuailah lepak² sambil makan², dah puas makan boleh beli ikan! 

Haaa begitulah cerita Mas ke Sekinchan, puashati sangat dapat pergi. Itulah banyak sebenarnya tempat menarik di Selangor ni yang belum Mas jelajahi, jadi kalau ada rezeki boleh ke tempat lain pulak!

1 ulasan:

  1. Bestnya Mrs.A ke Sekinchan. Perfect timing padi tengah menguning. Ladang tebu dan ladang kelapa tu saya tak sampai lagi. Thanks share. Maybe next time.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com