Assalamualaikum...(^ ^)
6 February 2011 (Ahad)
6 February 2011 (Ahad)
hari kedua di Janda Baik tidak ada aktiviti istimewa yang kami lakukan.. bangun seawal jam 8.30 pagi husband pun keluar bersama anak² mencari sarapan pagi.. Mas hanya bermalasan di bilik sambil menunggu sarapan sampai! kami hanya sarapan roti canai dan nasi lemak sahaja yang dibeli dari gerai makan berhampiran dengan chalet..
![]() |
kaki pancing yang sabar menanti jorannya disambar sang ikan |
selesai bersarapan Mas pun terus kemas barang².. husband pula meneruskan misi memancing, tak salah mencuba katanya.. manalah tau mengena lagi sekor ikan! sambil lepak² kat tepi kolam dan menunggu pancing disambar ikan, Mas pun layanlah anak² bergambar..
lebih kurang pukul 11.30 pagi husband dah bosan sebab joran tak mengena.. nak buat camne kan takde rezeki! tapi memadailah dengan hasil tangkapan semalam, dapat gak kan! tapi sebelum beredar kami tak lepaskan peluang bergambar di kawasan sekitar resort.. pemandangan di sini memang cantik jadi rugi kalau tak abadikan kenangan!
bila dah puas bergambar dalam pukul 1.00 tengahari kami pun gerak untuk balik.. seronok jugaklah bercuti di sini walaupun tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan.. bagi Mas tempat sebegini sesuai untuk tenangkan fikiran dan rehatkan badan sambil beriadah bersama keluarga.. lain kali Mas nak datang lagi ke sini tapi nak cuba menginap di resort atau chalet yang lain pulak!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan