terkini dan sensasi

Isnin, 28 Februari 2011

saman oh saman ~

Assalamualaikum...(^ ^)

kawan2 ada saman yang belum bayar tak?? kalau ada silalah dengan kadar cepat! pergi ke mana2 balai polis atau masuk ke dalam mana2 website yang membolehkan saman tersebut dibayar sebelum jam 12.00 tengah malam ini... peringatan ini diwar2kan kerana hari ini akan tamatlah riwayat pemberian diskaun ke atas saman2 tertunggak tersebut!

so... aku jugak tidak ketinggalan berbuat demikian pada hari ini! hehehehe... biasalah dah last day barulah tergedik2 kan? sebelum ni buat ingat tak ingat je.... tapi saman tersebut bukanlah aku yang punya tetapi encik hubby tersayanglah yang telah sukarela membenarkan dirinya disaman oleh pak polisi yang boleh dilihat dan tidak boleh dilihat! sehingga hari ini jumlah saman encik hubby yang tertunggak ada enam! setelah pak polisi dengan belas kasihannya memberikan diskaun, maka jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM4.20... eh?? silaplah bukan RM4.20 tapi RM420.00!! aduhai... jumlahnya begitu memberangsangkan, kalaulah jumlah itu dimasukkan ke dalam handbag aku sudah tentu aku dengan gembira dan sukaria pergi mengshoppingkan diri membeli handbag, kasut, baju dan segala macam lagi!

huhuhu... tetapi apakan daya! saman tersebut perlu diselesaikan bagi mengelakkan daripada nama encik hubby ku disenarai hitamkan dan seterusnya roadtax siVee tidak dapat dihidupkan... oh, tidakkkkkkkkk!! tapi alhamdullilah... saat entri ini telah siap ditaip semua saman tersebut berjaya dibayar dengan tulus dan ikhlas!

5 ulasan:

  1. miss mas.saari : terbaik!!! tengkiu ingat kan...ai pun dah bayar sabtu 26/2 aritu...setel...450 melayang!!! koh koh koh

    p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
    1.New Entry "SAYA SOKONG VLOGGER MALAYSIA"
    2.New Entry "SELESAI SUDAH, FUH~ LEGA RASA HATI !!!"

    BalasPadam
  2. bro monday;

    sama2..
    ingat mengingati amalan mulia!

    BalasPadam
  3. ok la tu Mas,
    akak ni 1900 before diskaun..
    +-x bahagi sumer 8ratus lebih.....tu pun lom sattle sumer..settle yg black list jer

    BalasPadam
  4. mak aihh!
    byknya kak ani..

    gila dasyat husband akak ni!

    BalasPadam
  5. kalau kereta saya yang kene saman saya terpaksa redho je..tapi saye free saman..yeyyy

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com