Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 10 Mei 2011

jangan percaya dengan KAWAN RAPAT!!

Assalamualaikum...(^ ^)

sampai sekarang Mas takde kawan rapat... bukan bermakna Mas takde kawan, tapi takde kawan yang paling rapat yang kemana saja akan bersama tak kira masa dan boleh berkongsi segala rahsia! Mas suka berkawan tapi Mas memang susah nak mempercayai seseorang... 

bila dah terlalu rapat kawan akan lupa apa yang betul dan apa yang salah... jadi dia boleh lakukan apa saja termasuk mengkhianati persahabatan! mungkin kerana kita dah letak sepenuh kepercayaan kepada dia maka dia anggap kita tidak akan nampak sebarang kesalahan yang dia lakukan... kita pula mungkin sukar nak percaya yang kesalahan itu dilakukan oleh kawan rapat sendiri!

Mas pernah tengok kejadian sebegini berlaku kepada seorang sahabat Mas iaitu Lin (bukan nama sebenar)... Lin ada kawan rapat, kemana dan apa jua yang dilakukan mestilah bersama kawan rapatnya... Lin memang menaruh sepenuh kepercayaan kepada kawan rapatnya! sehinggakan kalau nak keluarkan duit di mesin ATM dia akan suruh kawannya itu... sehingga kawannya hafal nombor pin ATM Lin... 

suatu hari tu Lin dapat duit PTPTN untuk semester tersebut... bila Lin nak keluarkan duit tersebut dia sangat2 terkejut bila tengok duit dalam akaunnya dah takde! bila Lin hubungi pihak bank dan dia dimaklumkan ada pengeluaran dari mesin ATM pada sebelah pagi... rupanya kawan rapat Lin yang ambil duit tu! dia ambil kad ATM Lin senyap2 dah keluarkan duit, pastu dia kembalikan kad tersebut... semuanya dia buat tanpa pengetahuan Lin! maklumlah, dia dah tahu nombor pin Lin... RM5000 tu, bukannya sikit!

jadi bagaimana kawan2? perlu ke kita menaruh 100% kepercayaan kepada kawan rapat sehingga apa yang patut dirahsiakan kita tidak rahsiakan! dek kerana wang kawan rapat boleh menganiayai kita...

p/s : memang kisah benar... semasa Mas belajar di UiTM dulu!

33 ulasan:

  1. bahaya betul kes kawan makan kawan ni kan. Yun pun akan berhati-hati. nice sharing kak mas. =)

    BalasPadam
  2. betul la kak..adah percaya kawan baik adah..luahkan dan kongsi dengan diorang..tapi sudahnya..dia jadikan kelemahan kita jadik bahan hinaan dan dijaja pulk 2..fitnah dekat orang lain..sampi sekarang adah ada kawan..tapi lebih selesa cerita semua dekat keluarga..

    BalasPadam
  3. nana sokong akak..sebab penah jadi jugak kt kawan nana..tp lagi teruk dari nie. :(

    BalasPadam
  4. freaky pun dah takde kawan yang rapat yang bole sentiasa teman. tapi tu lagi aman daripada dapat kawan yang makan kawan

    BalasPadam
  5. itu namnya kwn x berguna!!

    sbb2 org cmni yg wat org leh ilang kepercayaan...

    BalasPadam
  6. susah nak cari kawan sekarang ni..kawan lastly boleh jadi lawan...

    BalasPadam
  7. bersederhanalah...walaupun dalam persahabatan.

    Kak Es dah ramai kawan sejak berblog ni. Byk pengalaman yang akk dapat.

    mas saari pun dah jadik kawan kak Es..tapi kita tak pernah kasi no pin kan..ekekeke

    BalasPadam
  8. dulu pon Yana ada sorang kwn yg Yana percaya.. tapi takdelag bagi no pin... cuma terkilan bila segala yang dia ceritakan kat Yana tu semua nya tipu belaka.. pernah juga kata tak baik tentang Yana pada kawan dia.. hmm.. sekarang Yana menjauhkan diri dari dia..

    BalasPadam
  9. Fit pun xde kawan yg blh disitilahkan sbg BFF.Kalo setakat nak jmpa lepak2 xde hal..sebab dah ada pengalaman..lagi dahsyat..sebab laki pun nak gado..pastu sampai skrg xnk cakap..yg lagi xbest sebab bila kita nk try kawan dlm FB dia p ignore..nmpk sgt kan..??

    BalasPadam
  10. boleh ada kawan rapat tetapi tidak boleh dikongsi kesemuanya..kalau kita lihat hari ini,ada yang menjadi kawan rapat sebelum ini, telah menjadi musuh yang paling merbahaya. jadi beringat2 dalam berkawan. orang cina seperti yang digambarkan dalam novel interlok oleh Datuk Abdullah Hussain...dalam urusan harian dan perniagaan mereka tidak akan mempercayai sesiapapun termasuk anaknya sendiri.

    BalasPadam
  11. @Syuhadah Razali
    akak simpati ngan adah..
    betul tu cerita dgn keluarga lagi selamat rahsia kita!

    BalasPadam
  12. @nana riduwan
    terima kasih nana!
    lagi teruk ke? ni kawan berbisa ni..

    BalasPadam
  13. @Freaky
    betul tu dik!
    kita berkawan je dgn semua org tapi tak perlulah terlalu rapat kan?

    BalasPadam
  14. @nuyui a.k.a miss NUSHA
    mmg tak berguna...
    sanggup khianati kepercayaan kawan sendiri!

    BalasPadam
  15. @::Mastura Zakaria::
    takdelah susah, cuma nak cari kawan yang boleh dipercayai tu susah!

    BalasPadam
  16. @bersama kak Es
    ya betul tu berserdahanalah..

    terima kasih Kak Es!
    Mas pun seronok berkawan dgn akak..
    hehehehehe...jgn kasi no pin akak tu!

    BalasPadam
  17. @saya YANA
    akak simpati ngan Yana..
    mmg bagus jauhkan diri dgn kawan yg macam tu, lebih ramai lagi kawan lain yang baik!

    BalasPadam
  18. @Fitri Senin
    tulah...biarlah kita berkawan tapi tak terlalu rapat dan boleh kongsi segalanya!

    sampai macam tu sekali ke? takpelah at least fitri dah cuba nak baik semula dgn dia kan?

    BalasPadam
  19. saya pun tade kwn rapat. better kwn ngan semua org :)

    BalasPadam
  20. @harrazdani
    setuju dgn awak!
    tak perlulah kongsi semuanya kan?

    terima kasih atas komen yg sgt bagus ini..

    BalasPadam
  21. @fasha
    itulah yg terbaik!
    kawan dgn semua orang..

    BalasPadam
  22. Qila pun tak pernah percaya kat kawan..sebab pernah sekali terkena..member baik..tidur sesama, makan sesame..tiba2 dia cakap buruk pasal kita..haiiih..hangin!

    BalasPadam
  23. perghh bahayanya dpt kwn cemtu...sy rapat dgn org pn xpernah lg la nk percaya smpi bg pin number atm cemtu..pengajaran yg baik utk sume org =)

    BalasPadam
  24. mas...nak mintak maaf...xdan nak tengOk blOg mas arini...

    mOon ada tag cOntest yang best..
    jOm tengOk
    http://tentangboolan.blogspot.com/2011/05/contest-saya-sayang-dia.html

    BalasPadam
  25. Khalis sendiri pernah jadi camnie.. tapi Alhamdulillah.. Allah bagi petunjuk memang ada manusia yg tak boleh dipercayai

    BalasPadam
  26. sedangkan dalam hubungan suami isteri pon kite kena bagi 90%je kepercayaan kepada suami..sebabnya kalau terlalu percaya membuatkan kite alpa..dan bila sesuatu terjadi kite akan merasa kecewa..so, just believe in yourself:)

    BalasPadam
  27. jahatnya kawan rapat lin tue....sanggup buat macam tue...

    BalasPadam
  28. Aku pun tak suka ada besfrenz..... kejadian kecurian baru-baru nie betul meyakinkan aku bahawa JGN PERCAYA KAWAN RAPAT....

    BalasPadam
  29. murah hati namanye ni..
    boleh percaya tapi bagi 60% je..jgn la lebih2 sgt..kena sntiasa beringat ;)

    BalasPadam
  30. Ida ada kwn baik tp ida percaya 100% kat die laa..dlm 70% mcm tu je & xsumenye ida share dgn kwn baik..berhati2 tu penting..

    BalasPadam
  31. kak mas sy xrse sume kawan rapat cm2.. ikut org jugak kot. sy ada kwn rapat dr zaman bljr kt uitm mmg boleh dipecayai & dah macam adik beradik.. dwet xkisah,jika die ssh sy bantu jika sy ssh sy bantu.. lebey rapat lg dr adk beradik..km sama2 dpt keje kt uitm gak,cm kembar dah..die mmg kwn 1 dlm 1 juta rsanyer!! ssh nk cari^^

    just pandangan drpd sy jer tau.. mcm sy ckp ler ikut org juge..^^

    BalasPadam
  32. @LuN@_aiDi
    akak tak cakap semua tapi segelintir je yg sebegitu!

    bertuahlah awk dpt kawan yg baik macam tu, mmg susah nak cari..semoga persahabatan awak dgn dia kekal hingga ke akhir hayat..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com