terkini dan sensasi

Isnin, 23 Mei 2011

kata-kata itu DOA

Assalamualaikum...(^ ^)

berkata2 memang mudah tapi sedarkah kita bahawa setiap kata-kata itu adalah doa! sebaik sahaja kita menuturkan kata2 tersebut memang tidak boleh ditarik balik... kadang2 kita tak sedar apa yang kita perkatakan menyinggung hati dan perasaan orang lain... mungkin kita berniat baik tapi tapi tanpa disedari kata2 tersebut tidak dapat diterima oleh orang tersebut!

sebaiknya sebelum berkata2 kita fikir dulu apakah sesuai kata2 itu disampaikan... jika baik kata2 yang dilafazkan maka kita berdoa yang terbaik tetapi jika buruk kata2 yang dilafazkan maka kita berdoa yang terburuk! contoh yang paling ketara ialah ibu bapa... kadang2 bila marahkan anak mereka terlupa yang kata2 mereka agak keterlaluan... jadi sedarlah setiap kata2 ibu bapa itu adalah doa untuk anak mereka!

maka sebaiknya selalulah kita sedar dan bijaksana dalam memilih kata2 yang bakal keluar dari mulut kita... ini mengelakkan supaya apa yang dipertuturkan tidak menyentuh dan menyinggung hati sesiapa! 

kalau berkata2 dalam hati itu, ianya menjadi NIAT... kalau dilafazkan melalui kata2, ianya menjadi DOA... dan janganlah kita melafazkan apa2 yang tidak baik sebab takut dimakbulkan oleh Allah... sesungguhnya Allah Maha Mendengar... jadi jadikanlah kata2 kita doa yang terbaik... kerana setiap kata merupakan sebuah doa yang nantinya akan berbalik pada diri kita sendiri!

14 ulasan:

  1. yupp..lagi ramai orang cakap baik2 pada kita InsyaAllah mesti hidup kita tenang je

    BalasPadam
  2. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya.. :)

    Entri lain, Komen lagi Lain

    BalasPadam
  3. kak masssss...muahh skali ;)
    rindunye kat kak mas..baru online ari ni ;)

    pinky doakan kak mas makin success dalam idup..berbahagia bersama keluarga ;) amin...

    go kak mas!

    BalasPadam
  4. kak mas tlg ajar nk letak link list kat ats tu mcm mne? gune gadjet ape??

    BalasPadam
  5. betul ! nak2 lagi kata2 yg keluar dr mulut ibu..

    BalasPadam
  6. @mykhalis
    itu sebabnya kita perlu berhati dalam berkata2..

    BalasPadam
  7. @Freaky
    betul tu dik!
    berhati2lah bila berkata2..

    BalasPadam
  8. @PinKy MoMMa
    terima kasih dik! muahhh jugak..
    akak pun doakan pinky bahagia jugak!

    BalasPadam
  9. @mynameismy
    ok no problem!
    dah ajar kat komen blog my..

    BalasPadam
  10. @missdora
    itu sebabnya ibu kena berhati2 bila marahkan anak2nya...nanti tersilap cakap akan jadi doa!

    BalasPadam
  11. ikut rasa binasa...ikut hati mati...ble bekata tu kadang2 kene pikir dulu, sblm menyuarakan.takut tesinggung and trase pihak yg lg satu...kata2 itu adalah doa.sy sokong!!!!!

    BalasPadam
  12. @ct _razakiah
    itulah sebabnya akak selalu pesan berhati2 bila berkata2 terutamanya bila bergurau!

    BalasPadam
  13. the power of words... salam kenal :)

    BalasPadam
  14. @miss cloudy
    salam perkenalan jugak!

    betul tu, kata2 itu ada kuasa! ia boleh jadi baik dan buruk..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com