terkini dan sensasi

Ahad, 22 Mei 2011

perlukah filem sebegini

Assalamualaikum...(^ ^)

semasa menonton filem Pirates of Caribbean semalam, ada ditayangkan sedutan filem KL Gangster.. memang aksi² pergaduhan yang ditayangkan dalam filem tersebut sangat ganas dan keterlaluan! terus Mas terfikir, perlukah pengarah filem tempatan menghasilkan filem sebegini? apakah motif mereka, adakah akan menjadi pengajaran atau ikutan?



dengan masalah gejala sosial yang semakin berleluasa di negara kita Mas rasa sedikit sebanyak filem sebegini boleh menjadi pengaruh kepada anak remaja.. kerana para remaja yang lebih cenderung menonton filem tersebut! mungkin pengarah filem itu ingin menyelitkan unsur² pengajaran tapi cara mereka itu tidak tepat.. patutnya mereka cari langkah dan cara lain untuk menjadikan filem itu sesuatu yang betul² memberi pengajaran yang baik! bukannya memaparkan gejala sosial sebegitu..

kalau benar filem sebegini memberi pengajaran, kenapa masalah sosial makin berleluasa? bukan Mas tidak meyokong filem tempatan tapi samalah kita fikirkannya!

12 ulasan:

  1. dah tgk nur kasih,... alah jeles, yy x sempat nak tgk lagi,..

    BalasPadam
  2. dah tgk trailer kl gangster tu. memang agak ganas sikit tapi kalau tgk pada mutu kualiti lakonan, nampak semakin mantap dengan aksi yang setanding dengan filem luar..

    BalasPadam
  3. Assalam,

    Nak buat filem apa pun boleh asal tidak menunjuk ajar cara bikin itu kejahatan, keganasan, gansterism. mesti ada moral of the story... ending mesti insaf or kalu tak insaf kasi potong itu kapla.

    BalasPadam
  4. @**YaNa YassiN**
    tak tengok pun lagi...tak sempat gak!

    BalasPadam
  5. @Freaky
    macam tulah kalau terlampau nak meniru filem barat, unsur2 pengajaran dah ditolak ke tepi...

    BalasPadam
  6. @mamawana
    kalau dah buat filem macam ni sudah tentulah cara buat jahat tu sedikit sebanyak akan dipertontonkan... moral of the story biasanye susah nak ada!

    BalasPadam
  7. tak setju sangat2 dgn filem mcm nie...
    fiqa tak pernah tengok pun..
    sbnarnya pengajaran dia sikit je, yang lain hnya buat brtambah masalah je..

    BalasPadam
  8. tak suke nengok filem ganas..kalau citer hantu akak suke lahhhhhhhh
    weeeeeeeeee wooooooooooooo
    hehehehe

    BalasPadam
  9. Miza setuju dgn Mas..
    filem2 sebegitu tidak bnyk memberi pengajaran melainkan mengajar lebih ramai remaja beraksi ganas seperti yg ditonton dlm filem...

    BalasPadam
  10. @Saya Fiqa
    Mas pun tak berminat nak tengok!

    BalasPadam
  11. @risasamalah dgn kita kak!
    lagi best tengok cerita seram kan?

    BalasPadam
  12. @Mama Syamil
    tepat sekali tu!
    remaja sekarang kan suka terikut-ikut dengan benda yang tak elok ni..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com