perasaan malu manusia dah semakin menipis... dah tak kisah orang sekeliling nak pandang dan cakap apa! yang penting mereka puas hati... begitulah yang terjadi di Kelantan semalam!
Ayah, anak bertempur
PASIR MAS: Suasana di perkarangan sebuah kedai makan berdekatan Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam kecoh apabila seorang bapa bergaduh dengan anak lelakinya sehingga menterbalikkan meja dan kerusi, memecahkan pinggan mangkuk serta melempar makanan dan minuman ke arah satu sama lain. Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu menggemparkan kira-kira 20 pelanggan yang sedang menikmati hidangan di kedai berkenaan.
Menurut saksi, dua beranak terbabit dilihat mengadakan perbincangan secara baik, tetapi keadaan tiba-tiba berubah apabila kedua-dua mereka gagal mengawal perasaan masing-masing dan mula bergaduh sehingga mencetuskan suasana kecoh. Difahamkan, si anak berusia 20-an mahu membela nasib ibunya sering diugut bapanya, dan bengang dengan sikap bapanya yang berdolak-dalik ketika mahu menyelesaikan kes perceraian dengan isterinya itu. (sumber dari harian metro)
kalau pun mereka ada masalah kenapa mesti bergaduh untuk selesaikannya... jika tidak boleh kawal perasaan marah tu, berbincanglah di rumah... itu lebih baik dari mengaibkan diri sendiri dan keluarga di khalayak ramai!
begitulah bila institusi kekeluargaan sudah pincang! anak dah tak hormat ayah dan ayah boleh buat sesuka hati dengan lepas tangan terhadap tanggungjawab... tapi ingatlah, buruk mana pun seorang ayah itu dia tetap ayah kita dunia dan akhirat... tiada galang ganti tau! marah macam mana sekali pun, rasa hormat tu mesti ada...
mcm2 hal sekrg ni an..
BalasPadamni mesti masing2 nak tunjuk terror kannn...memasing takmo mengalah..
BalasPadamalahaiiii
bapak borek anak rintik.kalau dr kecik bapak jd teladan yg baik, besar Insha Allah dia jd anak soleh.tp ada juga kes sebaliknya. mungkin sbb dunia akhir zaman kot
BalasPadamala...depa ingat depa tgh main game street fighter la tu...heyaaaahhh! :D
BalasPadamhasutan syaitan smua tu.hrmm
BalasPadamdunia dh akhir zaman
BalasPadamtula memasing emo
BalasPadamayah slh ank pun sme
jgn ego
sibuk gado
sume org tau mslh rumahtgge
tak reti malu!
BalasPadampasir mas?????erkkkk kampung ku...
BalasPadamkesian kat makanan tu hu..hu...
BalasPadamieda follow mas!
kalau teman ada kat situ, teman gelakkan aje dia.. dia tak sedar dia sedang memperbodohkan diri mereka.. hahaha
BalasPadamkan... teruk ni... hm... alahai dunia akhir zaman...
BalasPadambetul tu..tapi,kadang2 parenting skills tu yang buat anak2 memberontak..so,dua2 pihak salah kat sini.. :)
BalasPadamaihh x de perasaan malu ke?
BalasPadamapa la diaorg ni..
perasaan hormat dah hilang..sedih melihat situasi begini boleh terjadi..mana hilangnya kasih syg?
Macam macam..Amarah merasuk sampai tak fikirkan nak jaga airmuka sendiri.. =.='
BalasPadam