terkini dan sensasi

Selasa, 14 Jun 2011

terkulai layu dalam dakapan kasih

Assalamualaikum...(^ ^)

jangan turut terkulai pula bila membaca tajuk entri ini... bukan maksud nak ajar cara2 bagaimana pikat suami macam Kelab Taat Suami tu! cara mereka tu memang tak masuk akal dan menjatuhkan martabat seorang isteri!

**********
sebenarnya Mas nak bayangkan sikap sesetengah remaja sekarang... tiada langsung perasaan malu atau segan memadu kasih di khalayak ramai!  terlalu diulit nafsu yang berahi sehingga terkulai layu dalam dakapan kekasih! mula2 di khalayak ramai... tapi bila nafsu tidak dapat dibendung terus berani ke rumah tumpangan!

salah didikan atau tiada didikan agama atau ibu bapa tidak pernah menyekat pergaulan bebas mereka, tetap akan jadi persoalannya... jadi kita telah nampak bahawa institusi kekeluargaan sekarang semakin pincang dan rapuh! ibu bapa sibuk dengan tugas dan kerjaya masing2 sehingga anak dibiarkan mendapat kasih sayang dari lelaki yang bukan muhrim di luar rumah... seharusnya kasih sayang itu bermula dari rumah kan?

sumber gambar dari sini

15 ulasan:

  1. risau sangat2 dengan remaja sekarang.
    takut nak lepaskan anak ke dunia luar..tp mcmana pun dah sampai masa kena lepaskan juga.

    ~moga dipelihara ALLah

    BalasPadam
  2. jauhkan lah kite dari semua benda tu,

    kalau sekarang dah macam ni keadaanya, masa akan datang macam mana la kan kak,

    BalasPadam
  3. pergaulan bebas tu rasanya ibu bapa kena tegas dan amik tau di mana anak mereka berada la kak mas sebab kalau tak, anak pun tak takut kan..

    kadang2 bersyukur bila ayah garang..

    BalasPadam
  4. terutama budak2 muda zmn skrg.. huishhh menakutkan

    my dulu time2 skolah pn xbrani nak buat benda2 mcm ni..

    xreti malu ke diorg ni..-.-'

    BalasPadam
  5. @bersama kak Es
    betul tu kak!
    saya pun risau, especially anak perempuan..

    BalasPadam
  6. @siti kektus
    itulah, tak dapat akak nak bayangkan! dahlah akak ada anak dara..huhuhu

    BalasPadam
  7. @PinKy MoMMa
    sebab tu akak garang ngan anak2, tak bagi diaorang bebas sesuka hati!

    akak pun bersyukur arwah abah garang..

    BalasPadam
  8. @mynameismy
    betul tu...akak pun tak berani!
    budak semakin memang tak tahu malu dan semakin liar..

    BalasPadam
  9. ku pon ada anak remaja
    wohoooo bukan senang nak jaga mereka2 ni...
    semoga ALLAH melindungi anak2 ku

    BalasPadam
  10. niena suka entri ni !!hehe
    utk mas ada la nanti.. mas, tdi kan... niena tekejut tau.. muka yg hitam nie tetiba jadik putih.. YA Allah.. hampir nk nangis.. nti niena wat 1 entri nape muka niena yg hitam tetiba jadik putih.. ni berdebar lagi ni!

    BalasPadam
  11. @risa
    tulah kak, bukan senang nak jaga anak2 dah meningkat remaja ni.. sama2lah kita berdoa!

    BalasPadam
  12. @::p0t pEt iLa::
    dan moga anak genarasi kita sentiasa dilindungi olehNya!

    BalasPadam
  13. http://www.my-shopping2u.com/2011/06/muka-ku-yang-gelap-tetiba-putih-melepak.html

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com