terkini dan sensasi

Sabtu, 11 Jun 2011

widget oh widget

Assalamualaikum...(^ ^)

sumber gambar dari sini
...masa mula2 berblog Mas suka letak widget kat blog... pantang nampak widget yang comel sikit mulalah nak letak! masa tu memang tak tahu langsung apa kepentingan widget tersebut... tengok kat blog orang lain ada kita pun nak ada jugak! sehinggalah blog Mas takde orang nak singgah... mungkin sebab terlalu lambat nak loading kerana terlalu banyak widget... ataupun sebab blog terlalu berserabut dengan widget2 yang tak penting! atau pengunjung tak suka dengan widget lagu yang memekakkan telinga tu... 

tapi bila Mas banyak belajar dari blog2 yang lain... seterusnya Mas tahu widget apa yang perlu  dan widget apa yang tidak perlu diletakkan dalam blog! jadi Mas nak kongsi dengan kawan2 yang baru berblog, widget yang penting diletakkan dalam blog...
  • widget follower - ini antara widget yang paling penting! jika pembaca berminat dengan blog kita dan ingin menambah kenalan mesti mereka akan follow... dan paling penting letaklah widget ini di tempat yang senang pembaca nak cari!
  • widget profil diri - ada sesetengah blog tak letak widget ni... bagi Mas ianya penting kerana dari sinilah pembaca boleh kenal siapa sebenarnya pemilik blog tersebut!
  • widget bloglist - antara yang terpenting jugak kerana memudahkan kita untuk blogwalking ke blog2 yang kita selalu singgah... di samping itu boleh bantu membantu untuk menaikkan trafik kawan2 kita!
  • widget link within - widget ini membolehkan pembaca2 baru di blog kita membaca entri2 yang terdahulu... manalah tau ada entri2 lama kita yang menarik minat mereka!
  • widget blog archive - dari widget ini kita boleh tau berapa jumlah entri untuk setiap hari, minggu atau bulan... juga memudahkan pembaca mencari entri2 kita yang lama!
  • widget paparan halaman - memudahkan kita mengetahui berapa ramai telah mengunjungi blog kita dari mula berblog sehinggalah sekarang...
rasanya inilah antara yang terpenting... sebenarnya ada lagi, tapi terpulang pada kita untuk letak atau tidak! kalau kita rasa ianya bersesuaian boleh je letak... tapi kalau widget itu membuatkan blog berat dan menyemakkan layout blog kita, jadi tidak perlulah letak!

14 ulasan:

  1. wah mmg betul tu sis!kite masa mula2 buat blog macam2 wodget.nak ikutkan seminggu bertukar2 widget.tapi bila kite rasa rimas pergi blog kawan2 yg penuh dgn widget,dan bila baca banyak blogger yg berkongsikan entri ttg widget apa yg penting dan tidak,kite mula renovate blog.widget mmg mainkan peranan tapi jgn over,nanti bersepah dan blog lambat loading.

    BalasPadam
  2. widget kat atas tu sume cik pulau ada..
    kecuali paparan halaman.. yang ni cik pulau takde..
    nak kena letak ke tak ea?? hehe

    BalasPadam
  3. akak bagusla..dorg yang bru2 mmg slalu ske widget

    cm dedulu

    kelaka bile ngat

    BalasPadam
  4. Penting ye widget ni?! hahaha :P

    BalasPadam
  5. Sama la dulu MTT pon pantang nampak widget yang chomel mesti nak bubuh tapi sekarang takde dh..HEHE Incik Sifu guard.. :D

    BalasPadam
  6. setuju! :D
    itu baru menarik org nk bace entry kita ni. nt dah lambat sgt loading, dgn senang beliau menekan X. huhuhu. sob3.

    jom singgah dan bace:
    tangan yang memberi lebih mulia

    jom like page ni:
    Secret Propaganda

    BalasPadam
  7. haha sama la kak. main bedal je letak widget ape. tapi makin lama kita da tahu mana yang na pakai mana yang x

    BalasPadam
  8. rasa seronok plak letak widget bagai. tp dah lama lama terasa semak pulak. masa blog saya yg lama dulu rajin letak mcm mcm. tp blog yg ni dah malas. rasa lapang kalau die clear je. huhuhu.

    BalasPadam
  9. ermm, nasib bek mase mula2 beblogging dolu x kenal sgr widget..juz letak yg simple2 je...seperti yang tertera di atas.. :)

    BalasPadam
  10. sy dah buang byk widget ... semak dan lambat sangat nk loading. Sian kat pembaca yg datang (heeeeeeeee cm la ramai sgt singgah) ... papepun simple lagi senang ye dak

    BalasPadam
  11. sama la kak mas..
    masa mula2 dulu..suka sgt widget yg bling bling ^_^

    tapi skrg dh xde nafsu la pulak huhuhu~

    kite pelan2 belajar kan kak mas ;)

    BalasPadam
  12. p/s : blog Kak Mas di entri ini...
    http://solomolo.blogspot.com/2011/06/kutuk-pun-suka-ke.html

    BalasPadam
  13. dulu saye pon giler widget comel2..
    smpai blog berat giler..
    lps 2 buang..
    haha.

    kak.. saye dh letak blog akk dlm bloglist saye..
    =)

    BalasPadam
  14. uncle terlalu tua untok widget banyak banyak!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com