mrs secretary

Rabu, 3 Ogos 2011

jangan fikir nak untung je

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar kredit to madeinsabah.wordpress.com
bulan Ramadhan lah bulan rezeki... hanya dengan meniaga di bazar ramadhan para peniaga boleh mendapat keuntungan... kalau menu yang dijual tu sedap dan memikat hati pembeli, pasti gerainya sentiasa dikunjungi setiap hari!

cuma yang tak seronoknya kerana ada segelintir para peniaga hanya pentingkan keuntungan saja tanpa menjaga kualiti makanan atau minuman yang dijual... bagi mereka semua tu tolak tepi, janji ada orang beli dan dapat untung yang banyak! sikap sebegini boleh mencemarkan kebaikan dan kesucian bulan Ramadhan...

husband Mas mengalami perkara sebegini di depan mata semasa pergi ke bazar ramadhan semalam... masa tu dia nak beli air tebu... ketika tu memang ramai orang beratur dan air tebu pun dah tinggal sedikit! tiba2 husband Mas nampak peniaga tu campur air kosong ke dalam air tebu tersebut... dengan selamba je dia buat macam tu tanpa rasa bersalah, pastu jual pulak kepada orang ramai!

mungkin kerana nampak ramai lagi orang beratur dan air tebu dia pulak dah tinggal sedikit, dia sanggup buat camtu! janji dapat untung lebih, air tu sedap ke tak belakang kira... 

16 ulasan:

  1. bg dieorg.. asalkan ade untung.... tp kite yg membeli rugi!

    BalasPadam
  2. Pehhh... Kalau wa, wa dah hempas air tebu tu depan peniaga tu..

    Aku seorang CASANOVA

    BalasPadam
  3. smlm kat bazar kosmopleks beli sup daging,masa berbuka macam hirup air air basuh tgn.niat nak tlg peniaga tapi bila diorg berniaga macam ni,hlglah berkat.

    BalasPadam
  4. ade ke patot..sia2 je niaga...biar la ikhlas klu nak niaga kan

    BalasPadam
  5. sabar je la..nak meniaga ni kena ikhlas..mana leh main ada jer :)

    tak fikir dikemudian ari ni..huhu

    BalasPadam
  6. mcm mne la carik rezeki pedajal org mcm tu haih~

    BalasPadam
  7. ada jgk buat mcm tu.. xbaik tul.

    BalasPadam
  8. betul. biasanya kalau beli. balik mesti tak puas hati. lagi2 kalau tak tahu gerai mana yg sedap atau tidak. lagi membazir, tak habis. buang saja.

    BalasPadam
  9. memang sakit hati sgt mas kalo kita beli pastu xsedap. tak tahulan kenapa time2 bulan pose ni org sibuk nak cr untung. untung tu mmg la kan tp sedekah kan lebih afdal.

    BalasPadam
  10. betul tu kak,nk kaut untung je,ada yg jual mkn dh basi pon ade.hmmm mcm2.

    BalasPadam
  11. untung banyak cepat kaya..dosa pahala..ala..esok lusa boleh taubat maaa..hehehehe

    ourkizuna

    BalasPadam
  12. ceh jahat

    slamat la ktrang bli sdp je

    BalasPadam
  13. ish tak berkat rezeki macam tu... patotnyer time ramadhan ni bersedekah lagi baik...ni tak

    BalasPadam
  14. rmai jgak yg buat mcm ni nk cri keuntungan..tp untung duit je la..x dpat untng phala sbb tipu pmbeli

    BalasPadam
  15. sy pun pernah kena macam tu.... mmg rasa nak marah sgt...

    BalasPadam
  16. perghh kalau naz da blahhhhhh dah haha

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com