mrs secretary

Ahad, 16 Oktober 2011

cemburu biarlah bertempat

Assalamualaikum...(^ ^)

Jealousy by ~euphoriaJoy on deviantArt
cemburu... ada dalam diri setiap orang! 

bukan hanya cemburu antara kekasih tapi bermacam jenis cemburu... cemburu dengan kejayaan hidup orang lain, cemburu dengan kecantikan seseorang dan cemburu tengok orang lain lebih hebat daripada kita!

sukar sebenarnya hidup penuh rasa cemburu ni... tiap masa kita akan rasa tak puas hati dengan orang lain! dan bila kita dah dikuasai perasaan cemburu mulalah kita lakukan perkara yang boleh menjatuhkan atau mengaibkan orang lain... janji kita puas hati dan dapat apa yang kita hajati!

buat apa nak rasa cemburu dengan kejayaan dan kehebatan orang lain... tak kemana pun! setiap daripada kita ada bahagian dan kelebihan masing2... mungkin kita tak cantik tapi kita pandai dan bijak! sempurna tu kan?

boleh ada rasa cemburu tapi biarlah bertempat... cemburu dengan kejayaan orang lain dan tanam azam dalam diri nak jadi seperti dia! berusaha sehingga berjaya dan jadikan kejayaan dia tu penguat semangat kita... itulah namanya cemburu secara sihat, tiada rasa hasad dengki! 

Mas cemburu dengan kejayaan blogger yang menjana pendapatan lumayan dari berblog... jadi Mas akan berusaha untuk jadi seperti itu! boleh kan?

12 ulasan:

  1. ha'ah kan, jeles je tengok org dpt duit nuffnang berjuta lemon, kahkah, kita belom dpt hasil..lol:D

    BalasPadam
  2. jika dengan rasa cemburu itu kita berusaha dengan jalan yg betul untuk menjadi lebih baik..maka cemburu juga boleh jadi motivasi yg baik kan..

    BalasPadam
  3. Taw xpe

    kdg emosi melebihi akal

    BalasPadam
  4. cemburu untuk perkara yang baik baik ok je...dapat meningkat motivasi dir.

    klu cemburu pada yang tak baik, itu hanya akan meningkatkan rasa dengki dan iri hati.

    BalasPadam
  5. Selamat berjaya menjadi seperti mereka...:) tiada yang mustahil bukan?
    p/s : saya masih terlalu jauh utk itu kot...hehe

    BalasPadam
  6. cemburu tandanya penyunting semangat untuk kita melawan sahabat2 lain tidak kira dalam apa jua perkara. it's ok then :) bukanlah cemburu yg mendatangkan anasir2 jahat :/

    BalasPadam
  7. @FIFIEY LYCHEE MARATION
    mungkin belum rezeki kita, cuba usaha lagi!

    BalasPadam
  8. @Nora Shahaira
    betul tu, janganlah cemburu tak bertempat kan?

    BalasPadam
  9. @delarocha
    thats right... jangan biarkan cemburu tu menguasai diri, buruk padahnya!

    BalasPadam
  10. @Rtp Farra Arisha
    cemburu untuk bersaing secara sihat kan?

    BalasPadam
  11. cemburu dan memajukan diri kita itu sgt bagus ! sy sendiri teruja tgk kejayaan redmummy dalam mencapai income yg hebat dlm berblog. sumber inspirasi juga tu :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com