terkini dan sensasi

Sabtu, 15 Oktober 2011

Lempeng kosong cicah gula

Assalamulaikum...(^ ^)

Dah sarapan kawan²?


Sudah jadi kebiasaan Mas pada hujung minggu mesti buat sarapan di rumah, jaranglah pergi beli diluar. Tapi sejak kebelakangan ni anak² Mas suka benar makan Lempeng Kosong cicah gula. Tiap² hari Sabtu dan Ahad itulah menu sarapan kami.

Cuma macam biasalah yang jadi tukang bancuh tepungnya sudah tentulah husband Mas, bancuhan tepung dia memang lebih sedap daripada biasa. Kalau Mas yang bancuh alamatnya jadi roti kirailah, hehehee! Tangan akak ni keras dik, memang tak menjadi bab bancuh tepung lempeng.

Tapi Mas bukan tau makan je, husband bancuh Mas yang masakkan! Masa mula² buat dulu memang tak comel langsung lempeng Mas, tapi sekarang dah pandai buat comel² dan bulat². Terasa malu pulak kan, lempeng yang punya senang tu Mas baru nak pandai buat.

Tapi Mas tak kisah, janji husband dan anak² Mas makan kenyang!

9 ulasan:

  1. layan lempeng cicah sambal pon sodappp :)

    BalasPadam
  2. @Aku Ibu Muda
    memang sedap!
    tapi anak ngan husband tak suka sangat, diaorang lagi suka cicah gula je..hehehee

    BalasPadam
  3. simple but delicious kan kan? tengok gambar atas ni berselera sungguh anak-anak akak makan ;)

    BalasPadam
  4. rumah pun selalu buat lempeng ni. cicih gula memang perghh la! :D

    BalasPadam
  5. pehh, sedap tu...terliur dibuatnye..hehe...teringin nak makan lempeng ibu kat rumah :)

    BalasPadam
  6. arisha pun suka makan lempeng. akak. dar kecil since besar masih suka makan lempeng. it's my fav ;)

    BalasPadam
  7. comelnya anak kak mas :D hehe. macam ni nk dtg umah kak mas lah hr sabtu dan ahad..nk pekena lempeng cicah gula :D nyum2..

    BalasPadam
  8. Salam. Jemput datang ke Luna Shoppe. Ada pelbagai jenis tudung. Diskaun dan mystery gifts dari Australia menanti anda!

    lunashoppe.blogspot.com

    BalasPadam
  9. nampak macam sedap jelempeng tu...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com