terkini dan sensasi

Selasa, 11 Oktober 2011

makan tak habis... kena bayar!

Assalamualaikum...(^ ^)

jarang kita dengar dan jumpa kedai makan yang kenakan bayaran pada makanan yang kita tak habis makan... atau kawan2 pernah jumpa kedai sebegitu!

jadi kalau makan kena kasi licin... jangan ada lebihan nasi, kerja charge nanti!
Mas pernah makan di sebuah kedai makan kat Salak Tinggi... bila dah habis makan, terus minta bil! pastu pelayan yang datang kira bil tu siap tanya lagi... "akak tak nak suruh anak2 akak habiskan makanan ni?" Mas pun peliklah, kenapa dia tanya camtu... budak2 memang suka makan tak habis!

rupanya setiap makanan yang tidak habis akan dikenakan charge... kalau tak silap Mas, 100 gram dikenakan charge RM2.00... mereka akan ambil lebihan makanan tu dah timbang! berapa gram yang kita tak habis makan tu akan dikenakan bayaran! 

lebihan makanan tu bukanlah sisa2 makanan seperti tulang ikan atau kuah sup... tapi lebihan nasi atau lauk yang diambil tapi tak habis dimakan! barulah dikenakan bayaran...

terkejut jugaklah! sebab first time kena macam tu... bagi Mas bagus jugak apa yang dipratikkan oleh kedai tersebut... mengelakkan pembaziran! lagipun cara mereka boleh memberi kesedaran kepada kita supaya jangan membazir setiap makanan yang kita beli... supaya kita ingat orang yang susah nak dapatkan makanan! macam kat Somalia tu...

17 ulasan:

  1. Umanggaihh first time MTT dengar cam gini kak mas.. =..="

    BalasPadam
  2. Pernah dgar. Tp tak pernah kena. Hehe:D

    BalasPadam
  3. menarik..mesti tak kan ada pembaziran pasni :)

    semua akan habiskan rezeki tu huhu..

    BalasPadam
  4. wah ade jugak eh restoran mcm tu..tp baguslah..dia nak elakkan pembaziran. :)

    BalasPadam
  5. ermmmmm
    anum belum ada pengalaman cm tue

    BalasPadam
  6. wow bagusnya dia buat macam tu. elak lah org tak bazir. bagus sgt. tp rsenya tak smeua restaurant sggp buat macam tu kan. takut kena tengking dek customer.

    BalasPadam
  7. terkejut...ada gak mcm tu?erm ada bagusnya,blh mengelakkan pembaziran..kalau ada lgi kedai cmni lgi bagus..erm, duit tu pula dijadikan tabung...kan..?

    BalasPadam
  8. wahhh bagus gak .so org pun jadi xmo membazir kena jugak makan smpai habis hehek

    BalasPadam
  9. Kt restoran tupai2 wat cmni. Restoran pe tu? Cm sedap je

    BalasPadam
  10. Jika uols gi mkn kat The Priok (kat giant kelana jaya) mrk pun mengamalkan sistem camtu.. cuma jika tak habis dlm 100gm mrk charge rm10 (jika tak silap).. bagus utk mengajar org utk tidak membazir..:)

    BalasPadam
  11. bagus la.
    untuk dia: elakkan pembaziran, kurangkan sampah.
    bagi pelanggan: lain kali ukur selera dan kelaparan dulu sebelum ambil.
    hehe
    :P

    BalasPadam
  12. bagus buat macam ni. baru la orang akan rasa teragak2 nak membazir...huhuu

    BalasPadam
  13. bagus..bagus kak Mas...mengelakkan sifat membazir dikalangan diri kita..tp kan..kalau kita tahu kedai/restoren ade charge sebegitu,mesti terasa berat jek nak masuk...yelah, mana tahu. Makanan dia tak sedap, sbb tu kita tak dpt nak habiskan

    BalasPadam
  14. kat kedai steamboat mmg mcm ni kak....xabis dia timbang blk...xingt brp sen dia charge....huhuhu....ms kitaorg g mkn...yg xabis kitaorg p buat2 amik yg lain tp sbnrnya letak balik mknan yg xabis tu....huhuhu...

    BalasPadam
  15. gile ah mas. mesti tercengang2 kan. abis xleh tapau ker? 2 kire memaksa mkn..hahahahaaa

    BalasPadam
  16. bagus untuk mengelakkan pembaziran...

    BalasPadam
  17. pernah nampak notis lebihan mknan yg tak abis akan ditimbang dan dikenakan byrn masa mkn kt 1 kedai steamboat. bagus utk elak pembaziran tp seeloknya diletakkan notis supaya pelanggan sedar ttg sistem ini sblm pembayaran dibuat. kalau tak mmg tercengang la skejap..;)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com