terkini dan sensasi

Khamis, 10 November 2011

Gaduh suami isteri di Facebook

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas pernah baca status seorang sahabat ni di Facebook, setiap kali dia gaduh dengan suami mesti akan tulis status mengenai pergaduhan mereka di Facebook. Dah banyak kali dah Mas tengok. Mas cuba tegur dia, kalau gaduh dengan suami janganlah tulis kat FB. Nanti semua orang baca, awak yang dapat malu. Dia hanya jawab, "Alah kami gaduh² sayang je, biasalah suami isteri!"


Memanglah pergaduhan biasa antara suami isteri, seeloknya hal rumahtangga janganlah cerita di ruangan sebegini. Nak pulak Facebook, boleh mengeruhkan lagi keadaan dan mengaibkan pasangan masing². Mungkin dia hanya berniat nak luahkan perasaan, dengan cara itu dia boleh tenang. Tapi medium perantaraan yang digunakan tu salah, tak sesuai!

Masa kita tulis status hal pergaduhan rumahtangga di FB, mesti ramai kawan yang baca kan? Kalau ada kawan yang memang suka jadi batu api, macam mana? Mesti dia akan api²kan kita lagi dengan suami, kita pulak termakan hasutan kawan tu. Lagilah keadaan akan jadi keruh dan haru biru, dari masalah kecil boleh melarat menjadi masalah besar.

Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pulak suami isteri. Jadi kalau ada masalah rumahtangga, jangan jadikan Facebook sebagai tempat meluahkan perasaan dan rasa tidak puas hati. Selesaikan cara baik, bincang dari hati ke hati dan pasti yang keruh tu boleh jadi jernih.

15 ulasan:

  1. kalau gaduh dah tak de mood nak on lappy hahahah..apatah lagi nak update status ;p

    pelik bila ada yang suka luahkan masalah rumah tangga di FB..aihh

    baik tido..tak nak pikir apa apa hiks..

    BalasPadam
  2. Kannn contoh:

    Malam tadi aku nak tapi dia penat pulakkk... Aku carik orang lain kanggggg....

    BalasPadam
  3. Betul tu kak mas. Bukan saje masalah rumah tangga. Even masalah-masalah lain pun kalau boleh Face It bukan facebook It.

    BalasPadam
  4. setuju..selain tu ada juga yg jadikan facebook tmpt untuk bergaduh,perli sahabat sendiri dan macam-macam lagi.sy tgk sekarang semakin ramai menyalahgunakan facebook!if u have problem,face it!dont facebook it! ;p

    BalasPadam
  5. betul3x...heeee...kalo gaduh pun,depan org kami belakon mcm xde pape yg berlaku..hehehe..malu la

    BalasPadam
  6. setuju...masalah peribadi biarlah diselesaikan secara peribadi..

    BalasPadam
  7. betul-betul. tak elok rasanya, gaduh-gaduh, tulis dekat fb..orang macam dah salah gunakan fb pulak..

    BalasPadam
  8. semggu sekali jer buka FB...masa mula2 kenal FB tertarik sgt skarg nie ade ker xde ker sama saja

    BalasPadam
  9. ada baik buruknya FB nie, kita pengguna kena bijak menggunakannya

    BalasPadam
  10. betul, setuju sangat, rasanya hal rumahtangga tak perlu lah nak cerita kat sana, rahsia peribadi kan tu

    BalasPadam
  11. masalah apabila sampai rumah tangga pun duk kongsi dalam facebook juga.. patut suami dia tu kena larang isteri

    BalasPadam
  12. haaaaa..mmg sesuai la entri akak ni,
    sebab ape kak
    ada kawn mimi, aka makcik mimi sebenanye, makcik yg sebaya la, aduhai, mang bergaduh dgn lakinye kat Fb,tak terpikir ke owg lain bace..
    aduhai.ada byk lagi cr nak luahkan perasaan sekalipun kan..

    BalasPadam
  13. bagus kak mas buat entry ni, ramai yg dah salah guna facebook pun kak mas. kawan sy pun ada. gaduh dgn suami, sindir2 dlm fb. tak matang lansgung dan buka pekung sendiri. masalah akan jd lebih berat kalau post bnda2 macam tu.

    BalasPadam
  14. xmnis rasenye

    sbb org bace

    lgpon hal rumh tgge wtpe nk heboh

    kat twtter pon sme

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com