mrs secretary

Rabu, 9 November 2011

Masa untuk update blog

Assalamualaikum...(^ ^)

Bagaimana kawan² bahagikan masa untuk menulis blog, tentu ada perancangan masa kan? Baik blogger sepenuh masa mahupun separuh masa, semuanya kena pandai bahagikan masa untuk hasilkan berapa banyak entri sehari.

Sebagai seorang wanita yang bekerja Mas memang tak punya banyak masa untuk mengadap blog dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Jadi Mas perlukan perancangan masa yang betul  untuk memastikan blog Mas sentiasa diupdate setiap hari. 


Biasanya pada sebelah malam Mas akan cuba siapkan 1 atau 2 entri untuk publish keesokan harinya, bergantung jugak pada berapa banyak idea yang muncul. Mas akan setkan masa untuk entri itu dipublish pada sebelah pagi dan pada waktu tengahari. Jadi dari pagi hingga ke tengahari Mas boleh tumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja dan curi sedikit masa untuk blogwalking.

Jika Mas punyai idea dan isu yang hendak diupdate, pada waktu tengahari Mas akan luangkan masa untuk taip satu entri dan entri tersebut akan autopublish pada sebelah petang. Sebelah petang membawa ke malam Mas akan luangkan masa untuk selesaikan kerja rumah, menonton TV dan melayan anak². Kalau ada masa lebih barulah Mas blogwalking ke blog kawan².

Pada sebelah malam pulak Mas memang dah jarang update, Mas hanya tumpukan untuk cari idea atau isu untuk entri keesokan harinya. Di samping tu luangkan jugak masa untuk blogwalking ke blog kawan² yang ada update terkini.

Begitulah rutin Mas demi blog tersayang ni. Selagi ianya memberikan kepuasan selagi itulah Mas akan sajikan kawan² dengan entri yang menarik, harap tak bosan ye!

15 ulasan:

  1. ~padat jadual..perancangan yang bagus :)

    BalasPadam
  2. owh..
    begitu..


    sy juga bekerjaya..
    selalu update b4 masuk kerja..
    n bila balik kerja

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...cantik jadual mas kn pandai menyusunnya dgn baik...:)

    BalasPadam
  4. time management memang penting kan kak mas ;)

    bagus kak mas dapat bahagikan masa sebaiknyer..

    BalasPadam
  5. hari ni baru update belog...huhu...

    BalasPadam
  6. huwaaaa
    bagusla kak mass ni =]
    thumbs up!
    pembahagian masa ni perlu kan?
    supaya dpt memastikan semua tak tersasar kan.

    BalasPadam
  7. saya yang xde anak pun rasa cam tak sempat nak hupdate kak...ni kan pulak orang yang ada anak..kadang hairan jugak tgk org ada anak boleh hupdate 2 3 kali satu hari...

    teruskan berusaha :D

    BalasPadam
  8. baguslah kak mas ni.komited menulis blog!saya malas, kalau rasa nak tulis, tulis je..sebab tak serius tulis blog kut..hehehhe..apa pun best baca blog kak mas :)

    BalasPadam
  9. Dulu pon MTT selalu buat macam tu.. Kadang malam sampai 4 5 entri dah sedia untuk publish besoknya..Tapi sekarang dah tak gigih macam tu dah :(

    BalasPadam
  10. Baguslah Kak Mas ade scheduled untuk update entri. HEHEHE....saya ni selalunye asal dan je apdet. Tapi kalau banyak idea, akan setkan date & timing untuk publish entri.

    BalasPadam
  11. hehehe.. lebih kurang la.. selalu curik masa time rehat untuk hupdat entry.. bila dah kol 5pm sambil tunggu incik hubby ambik, try untuk reply komen :)

    BalasPadam
  12. itu lah kak mas. sy tgk kak mas consistent timing update tu. saya ni selalu xde masa nk update, n terkejar2 tiap kali buat entry baru. tu yg tak syok tu, nk kena buat jadual lah lepas ni :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com