mrs secretary

Rabu, 2 November 2011

Risau mak VS risau ayah

Assalamualaikum...(^ ^)

Masa korang kanak² dulu siapa yang paling risau tentang diri korang, mak atau ayah?

Macam Mas, abahlah orang yang paling risau tentang anak²nya. Kalau apa² jadi pada Mas dan adik beradik yang lain memang abah tak senang duduk, mak pun risau jugak tapi dia lebih rilek. Mas ingat lagi masa nak bersalin anak pertama, masa tu Mas kena operate. Abah punya risau memang ketara sangat. Selagi Mas tak keluar dari bilik bedah tu, mak cakap memang dia tak senang duduk. Ke hulu ke hilir depan bilik bedah.


Jadi bila dah berkahwin, sifat abah tu ada dalam diri Mas. Memang hobi Mas suka risau tak bertempat dengan anak². Misalnya bila anak duduk kat rumah pengasuh lepas sekolah, mesti Mas akan suruh husband telefon pengasuh tanyakan anak² dah sampai ke belum. Padahal anak Mas yang sulung tu dah sms kata mereka dah sampai tapi disebabkan hobi risau tu dah sebati dalam diri, nak jugak telefon tanya.

Satu lagi bila anak² Mas dah masuk tidur, biasanya sebelum Mas masuk bilik mesti tengok dulu keadaan mereka dalam bilik. Nak pastikan keadaan bilik tu selamat, pastu bila dah masuk bilik siap pesan lagi dengan husband suruh tengokkan anak². Padahal baru je lepas tengok. Itulah Mas, rasa risau tentang anak² tu memang selalu ada.

Berlainan pulak dengan husband Mas, dia lebih rilek. Kalau anak jatuh dan luka pun dia masih boleh tersenyum dan cakap, "Alah takde apa² ni, sikit je!" Pastu boleh lagi dia buat lawak dengan anak tu. Itulah, nak kata dia tak risau mustahillah kan? Mungkin dia sembunyikan kerisauan tu dengan berlagak biasa kot, tapi kalau Mas tentu dah risau tahap gaban.

Tapi bagaimana pun cara itu ditunjukkan oleh mak atau ayah, sebenarnya rasa risau tu tetap ada. Siapa tak sayang anak oooiiiii!

16 ulasan:

  1. perempuang memang slalu risau lebih lebih kan kak mas..kadang kadang benda tu remeh sangat huhu..

    tapi nak wat camner..ada bagusnyer hobi risau tu..at least kita tak leka hehehe

    BalasPadam
  2. yelah kan, siapa tak sayang anak, saya rindu arwah abah saya uwaaaaa

    apasal ramai yg buat posting pasal ni ye hari ni?

    BalasPadam
  3. eh mak kite sama la..lebih cool. ayah cpt risau, suka bleter...ada jerawat kat muka kite pun ayah tegur dulu..haha

    BalasPadam
  4. akak kecik2 dulu mak je yang peduli risau ke tak risau..
    heheh..dah kawen ni suami pun macam suami mas la..anak jatuh ke apa dia rilek je..katanya katanya kalau kita gelabah nanti anak tak nangis pun terus rasa nak menangis..heheh

    BalasPadam
  5. memang kena camtu mas.... sorang cool...sorang melebey2 sket. Baru seimbang. Sebab tu jodoh mas dgn cik abe skrg ni. saling melengkapi.
    Kalau 2 2 cam mas...kelam kabut rumah tangga.
    kalau 2 2 coollll...huisshhh caca merba anak2 kannn hehehe

    BalasPadam
  6. ehehehehe
    cr akak ni cm mama mimi..
    hehehe..ibu mesti cm tu kan
    smp ke beso pon dok isau
    mase dok ostel dulu
    x puas2 suah owg minum air masak
    takot skit
    ayoooo..hehehee

    BalasPadam
  7. halooo....setakat ni sy pergi optik JUSCO balakong, teso bukit beruntung ngn tesco cheras ada. RM50 utk satu set. kalau dia ckp rm55, u ckp laa.. beli ari tu 50 jea..hehe.. lense ni hanya utk sebulan. bukan 3 bulan. dat's why i choose dat brand.

    BalasPadam
  8. Nampaknya akak sama mcm Mas..kadang risau berlebihan..Abg jenis cool je..Tapi kebanyakan org laki ni dia saja tak mau tunjuk sgt lah Mas..

    BalasPadam
  9. Betul tu mas.... Kadang org laki ni berlagak kool kot....heee

    BalasPadam
  10. dua2 pon risau kut...tp baba yg akan mudah tanya kalau anak2 die xde depan mata..nanti die push mama suruh call tanya mana si anak pergi..huuu

    BalasPadam
  11. sejak kecik lgi mama yg nampak paling risau & cemas... tiap kali exam, dia la yg paling cemas ngalahkan kte yg nk jwb soklan nie

    BalasPadam
  12. assalamualaikum mas...anak mas sape x sygkn....:)

    mcm mama ni anak nak kawen lg lah risau semoga dia berbahagia ngan pilihan hatinya...InsyaAllah...:)

    BalasPadam
  13. kak liza dgn hubby terbalik dari segi respon berkata-kata dan tindakan. hubby mulut yg kecoh, tapi kurang tindakan utk mengurangkan masalah. kak liza pulak malas nak bising, terus buat sesuatu utk redakan keadaan.

    BalasPadam
  14. hehe..dia macam pelengkap kan...kalo mak jenis risau, ayah jenis kool...kalo ayah jenis risau, mak jenis tenang...

    BalasPadam
  15. Sorang risau sorang cool..Kalau dua2 risau nanti haru jugak..Dua2 cool lagi huru hara.. Hehehe :')

    Kasih sayang kedua ibubapa tu tak ternilai,bila teringat zaman nakal nakal rasa nak ulang balik masa..Tak nak bagi dorang risaukan kita :')

    BalasPadam
  16. selalu mak yg risau lebih tp mak kak mas risau tp cool. hehe. maksy risau yg menggelabah gak. ayah sy risau gitu2 je. tp seeloknya sorg risau cool sorang risau gelabah..baru tak haru biru sgt. hehe. at least satu pihak lg tu menenangkan :D

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com