11.11.11
Cantik kan nombor tu. Mas percaya ramai yang mahukan sesuatu yang terbaik berlaku dalam hidup mereka pada tarikh cantik ni. Ada yang memilih untuk bertunang dan menikah pada tarikh tersebut, ada jugak yang menyambut hari lahir pada tarikh itu dan ada jugak yang dijangka bakal melahirkan anak pada tarikh ini.
Apa pun yang terjadi dan yang kita rancang untuk berlaku pada tarikh itu semuanya atas izin Allah SWT. Jika baik niat kita maka baiklah yang akan terjadi, begitu jugak sebaliknya. Janganlah kita terlalu taksub nak yang indah je berlaku pada tarikh tersebut, tapi tak boleh terima kenyataan jika berlaku sesuatu yang buruk.
Ingat pemilihan tarikh itu hanyalah perancangan kita, tapi segala yang berlaku telah tertulis olehNya. Misalnya ibu yang dijangka bakal lahirkan anak pada tarikh tersebut, janganlah kecewa dan tak boleh terima hakikat jika anaknya lahir pada tarikh lain. Itu kan dah kehendak Allah SWT, terima je. Janji anak kita lahir dengan sihat dan selamat, itu yang patut disyukuri.
Yang terbaik dan indah itu datangnya dari Allah SWT, kita hanya mampu merancang. Segala kekurangan itu datangnya dari diri kita sendiri, bersyukurlah dengan apa yang terjadi!
saya pun teringin nak abadikan sesuatu yang indah dlm hidup pada tarikh tu tp nampaknya impian x menjadi kenyataan...walau apa pun kita hanya mampu merancang tapi Allah yang lebih mengetahuinya..
BalasPadamjgn lari akidah udah..=)
BalasPadamtarikh paling cantik 7 eleven la..=)
Tak tunggu 11-11 tapi tunggu 18-11...
BalasPadamSalam perkenalan sambil folo blog ni..
Mmg cantek tarikh ni Kak Mas. Ujang, 7 eleven cantek gak...senang igt...worlwide la katekan...ekekke
BalasPadamassalamualaikum mas...mmg cantik tarikh tu susah nak jumpa pada masa hadapan InsyaAllah....:)
BalasPadamlawa tarikh tu tp bg saya , saya tak pentingkan sgt tarikh lawa tak lawa. sebab macam kak mas kata lah, kita akan terlampau taksub dengan tarikh dan terus jd perfectionist. yela tarikh lawa, apa yg berlaku selepas itu semua nak lawa lawa n perfect belaka.
BalasPadamalhamdulillah...bersyukur dengan segalanya..
BalasPadambetol kak..
BalasPadamcam saye rncng nk kawen 11.11.11 tp xjdk.. wuwuuu..
pelamin anganku musnah.. kehkeh
hehehe... 11.11.11 saya bajet mesti ramai orang kahwin hari tu...sebab selalu nya org nak semat tarikh istimewa bila diorang kahwin... =D
BalasPadamdate yg senang nak ingat..hai,kunjungan balas..thx yea singgah blog saya aritu..cantiklah blog awk..sbb sy suka merah.. :)
BalasPadamermmm, apa yer nak buat pada tarikh tu...
BalasPadamqaseh nak kawen hehe gurau je
BalasPadambetul tu kak
BalasPadammak selalu pesan, ni tarikh2 cantik ni
jgn sonok2 sgt
kang jadi ape2 tak baik
sebaliknye kita mohon
setiap ari adalah hari terbaik utk kita kan =]
Tarikh cantik tahun ni majoriti jatuh pada hari Jumaat kann :')
BalasPadam