Assalamualaikum...(^ ^)
Dalam kedinginan melawan aircond yang sejuk gila ni pastu hujan pulak kat luar dan ditemani pisang goreng panas, tiba² teringat pulak memori silam semasa first date dengan husband dulu. Nak kongsilah kat sini, saja buat kenangan. Nanti dah tua bolehlah baca semula.
Setelah kenal dengan husband hampir 3 bulan barulah dia berani ajak Mas keluar dating. Itu pun sebab member dia ajak menonton konsert KRU, masa tu KRU buat jelajah seluruh semenanjung termasuklah ke Temerloh. Kebetulan Mas memang minat KRU jadi setuju jelah nak ikut dia pergi, tapi segan jugak maklumlah first date kan?
Masa nak minta kebenaran mak tu teragak² jugaklah sebab konsert tu sebelah malam. Mas ni memang tak pernah keluar malam. Bila cakap dengan mak dan abah member yang ajak pastu keluar pun ramai², nasib baik mereka benarkan!
Dia datang naik kereta. Mas ni pulak orang kampung dan abah takde kereta, jadi masa naik kereta agak jakunlah sikit. Memang tak pernah naik kereta, naik bas pernahlah. Naik je kereta dia suruh pakai seat belt. Alamak camne nak pakai, Mas memang tak reti. Nak cakap dengan dia seganlah pulak!
Dia pun tanya, "Kenapa tak pakai selt belt tu?"
Jawab dengan malu², "Tak retilah!" Terus dia tolong pakaikan, buat malu je kan?
Kelakar kenangan first date Mas. Masa baru2 kahwin dulu dia selalu jugak ejek Mas setiap kali nak pakai seat belt bila naik kereta, "Reti ke pakai seat belt tu?"
kehkehkeh....kelakor baca part "tak retilah!" dan malu2
BalasPadamawok orang pahang gak ke kak mas?
@telor power
BalasPadamanak jati Pahang lah..
koi orang Temerloh!! heheheee
he3..klakar gak. 1st date sy ngan xbf dulu dia plak yg termalu sbb makan bihun guna garfu plastik, pastu patah.hahaha.sy wat xtau je..nak gelakkan cian lak.kikiki
BalasPadamsweetnya ada kenangan dulu2.
BalasPadamhehehe.
kite first time date kat bus stop.
ahaha !
kihkihkih..klaka la..seb bek skrg dah reti.. :)
BalasPadamkih3x.. kelakar.. mmg kenangan terindah kan.. ;)
BalasPadamalaa sweet nye hehehhee :)
BalasPadamassalamualaikum mas...kenangan tu lah yg yg akan kita ingat sampai bila2kn...sweet sgt2...:)
BalasPadamKat Temerloh koi rupanya tempat pertemuan pertama ekk..:)
BalasPadamKita kat Kuantan..:)
Dah pakai seat belt, gerenti x dpt lari lg..hehe
hehehhehe
BalasPadamalaaa, sweet nya !!! :D hehe. :') sekarang bahagia dahhh :D
BalasPadamalahai sweet nyer hehehe
BalasPadamsweetnya..tersengih sorang2 zla baca. tros teringat kenangan first date gak..heheh
BalasPadam