terkini dan sensasi

Sabtu, 10 Disember 2011

Percintaan jarak jauh

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ini kita cerita kisah cinta sikit ye, untuk panduan kawan² yang sedang hangat bercinta dengan pasangan masing². Tapi ini percintaan jarak jauh a.k.a PJJ.


Mas dulu memang bercinta jarak jauh, masa tu Mas belajar di Shah Alam dan husband pulak bekerja di Temerloh. Rasanya lebih kurang 4 tahun, dari tahun 1997 hingga 2004. Pastu dari tahun 2001 hingga 2002 lagi jauh jarak percintaannya, Mas di Shah Alam husband pulak di Terengganu. Masa tu dia mengikuti latihan bomba di Marang.

Memang agak lama percintaan jarak jauh kami, lebih kurang 5 tahun, tapi bagaimana kami boleh bertahan sehingga sah menjadi suami isteri. Kejujuran dan kepercayaan, itu yang paling penting. Sentiasa ambik berat di antara satu sama lain, dan sentiasa bertanya khabar untuk rapatkan hubungan cinta itu. Itulah yang kami lakukan.

Jangan takut dan bimbang untuk bercinta jarak jauh ni, selagi kita saling mempercayai di antara satu sama lain hubungan itu pasti berkekalan. Pastu sentiasa berkomunikasi dalam segala hal. Misalnya kita nak pergi ke mana² atau nak buat aktiviti bersama kawan², maklumkan kepada pasangan kita supaya tiada syak wasangka di situ.

Semaikan benih² cinta dalam hubungan itu. Hantarlah surat cinta ke, kad cinta yang cantik dan romantik ke, pasti pasangan kita suka dan cintanya akan terus membara. Sekali sekala kirimlah hadiah yang dia suka. 

Banyak cara boleh dilakukan untuk kekal dalam percintaan jarak jauh ni, yang penting give and take dalam apa jua keadaaan!

11 ulasan:

  1. igt give up

    upenye give n take

    erm betol tu

    pjj kurg skit dosa org kate

    BalasPadam
  2. setia dan jujur... :)
    bagus tips kak mas nie

    BalasPadam
  3. @Iffah Afeefah
    hehehe...kalau give up mesti dah lama ditinggalkan!

    betul tu, kurang dosa sbb jarang jumpa kan?

    BalasPadam
  4. @telor power
    itulah kuncinya... ikut tau kalau cinta jarak jauh nanti!

    BalasPadam
  5. @mas saari ofkos i follow tips dari u kak mas (gedik plak ayat gua nie)

    BalasPadam
  6. wahh hmm semoga, PJJ Qa pn diakhiri dgn sebuah pernikahan yg kekal. i.Allah. amin..

    BalasPadam
  7. cinta jarak jauh ok asal masing2 kenalah setia dan percaya kan :)

    BalasPadam
  8. saya selalu gagal dalam cinta jarak jauh..

    sebab cepat jemu.. T_T

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com