Assalamualaikum...(^ ^)
Mesti ramai yang tengah berhempas pulas nak booking flight tiket AirAsia kan? Dari pagi bawak ke petang mencuba tapi masih dalam waiting room. Mas pun dah mengalami nasib yang sama pagi tadi, hampir 2 jam menunggu. Tapi nasib baiklah berjaya jugak buat tempahan.
Di sini Mas nak kongsi sikitlah tips camne nak tempah bagi berjaya, yang penting kena sabar!
Sebelum buat tempahan tu pilih dulu tarikh mana yang kita nak pergi, janganlah dah dapat masuk baru terkial² nak pilih. Nanti akan mengambil masa yang lama, sebab AirAsia hanya bagi masa 10 minit untuk selesaikan tempahan tersebut!
Pastu jangan memilih masa, nak jugak tiket sebelah siang malam tak mahu. Bila kita memilih jadi waktu untuk menempah tu akan jadi lama sebab kita nak pilih dulu masa mana yang sesuai. Akhirnya dia akan automatik masuk ke waiting room semula, kena tunggu lagi. Nanti bila dah dapat masuk semula mesti tarikh yang kita nak tadi dah takde tiket promosi, melepas sudah!
Satu lagi jangan mimpilah nak pergi hujung minggu atau cuti umum, memang tak dapatnya der. Waktu itulah lagi AirAsia nak ketuk kita, memang tiket mahal punya. Jadi pilihlah pergi hari bekerja, mesti dapat harga 10 sen punya. Korbanlah sikit cuti rehat tu, kata nak bercuti kan?
Kalau ikut betul² tips yang Mas bagi ni memang boleh berjaya punya. Dia akan ambik masa sikit, kita kena sabarlah. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan?
betul tue kak mas
BalasPadamwah....tips berguna lagi bernas ni. TQ kak Mas.
BalasPadamakk dh bookin kemana tu?syiokkknyaaaa.akk nk booking kena pakai kredit kad kan?
BalasPadamsy xpnh naik flight so xpnh booking tiket.. hihii
BalasPadamWahh mas .. terima kasih banyak2 atas tips ni .. sangat membantu. Saya dok carik juga cara untuk buat booking Air Asia ni, sering gagal ... hahaha... bagus mas .. sayang mas .. erkkk air asia ... ehh Mas ke Air Asia nih??? hehehe... :)
BalasPadam@rara pinkmafia
BalasPadamtak semestinya, cash pun boleh!
kalau kad kredit dia ada kenakan charge, sorang RM10..
Lagi lambat tarikh nak pergi, lg murah kan Mas..akak booking tiket 3 bulan yang lalu untuk makan angin minggu depan..bayangkan..
BalasPadamKena rancang awal2..
yeayyyy...saya juga dah berjaya booking....se u langkawi next year!!! =))
BalasPadambetul3...tu yg xbest jd cekgu..susah nak cuti tahun..huhuhu
BalasPadamithulah!
BalasPadamsy pun kena charge lebeyh sebab weeknd...
assalamualaikum...yer la mama pun tadi cuba booking gak tapi lambat la...esok nak cuba lg ...:)
BalasPadamtxs for the tips kak mas. :) hehe. saya dah lama sgt x gi bercuti..
BalasPadambiasalah, nak yang murah, macam-macam ragam...hehe...
BalasPadam