Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 5 Januari 2012

Mama, ramai orang menangis!

Assalamualaikum...(^ ^)


Arfan : Mama, semalam Arfan tengok kat sekolah ramai orang menangis. Arfan tak nangis pun.

Mama : Ye ke? Kenapa diaorang menangis.

Arfan : Diaorang tak nak sekolah. Arfan nak sekolah, tak nangis pun!

Mama : Arfan tak ingat ke masa mula² masuk pra dulu pun Arfan nangis jugak, dekat 2 minggu tau. Penat mama nak pujuk tiap² hari.

Arfan : Mana ada! Arfan tak nangis pun, budak kuat mana boleh nangis.

Mama : Yelah tu!

Hehehee, tak nak dia mengaku. Saja buat² tak ingat yang pertama kali masuk sekolah dulu pun dia menangis, siap tak nak masuk kelas lagi. Puas mama dan babahnya pujuk, cikgu pun pujuk. Akhirnya tinggal je kat luar kelas, dekat 2 minggu jugak camtu.

Tapi takpe, itu semua pengalaman untuk dia. Seawal umur 5 tahun dia kenal apa itu sekolah. Jadi bila dah masuk tahun 1 nanti Mas tak perlu risau lagi, dia dah tau segala-galanya.

Jadi kepada yang bergelar ibu dan bapa jangan takut nak hantar anak² masuk Pra Sekolah, biar mereka rasa sendiri pengalaman ke sekolah. Nanti bila dah masuk ke alam persekolahan sebenar mereka tak kekok. Kita pun dengan senang hati lepaskan mereka, biar mereka berdikari sendiri.

Alhamdulillah, kedua² anak Mas dapat pendidikan Pra Sekolah seawal umur 5 tahun. Sekarang mereka dah lebih pandai berdikari.

12 ulasan:

  1. Konon konon dia lupa lah sekarang mengaku kuat yer. Hihiksss !

    Semalam dengar kat hotfm siap ada budak yang tak mahu balik dari sekolah pon ada. Nak stay kat situ sampai besok. Macam macam kan. Mesti seronok tengok gelagat dorang,cikgu & ibubapa dah tentu pening kepala. Hehe

    BalasPadam
  2. betul2!
    baik hntar pra sekolah dulu..
    senang nnti

    BalasPadam
  3. hehehehe konon dye tak nanges ye kak.hehehe budak2 skrg.kena layan pakai sycology kan.

    BalasPadam
  4. uncle sampai hari ni menangi tiap kalu lalu depan sekolah...

    hahha

    BalasPadam
  5. anak buah saya 4 tahun dah sibuk nak sekolah. mama dia layankan aje. hehehe

    BalasPadam
  6. assalamualaikum mas...alhamdullilah semuanya berjalan dgn baikkan..:)

    BalasPadam
  7. seronok tengok gelagat budak2 ni pergi sekolah. macam2 ragam. hihi.

    BalasPadam
  8. dni dulu darjah 1 tak nanges dhehehe

    BalasPadam
  9. haha..comel je tak nak ngaku tu..
    elok anta anak masuk prasekolah
    aktiviti dia pun macam-macam
    bagus untuk perkembangan awal kanak-kanak :)

    BalasPadam
  10. haah, tgk sekolah adik sy..ramai gila yg nangis. hehe. mungkin sbb tak biasa kot. so rasa takut. :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com