mrs secretary

Rabu, 4 Januari 2012

Pilihan di tangan kita

Assalamualaikum...(^ ^)


Rasanya isu pelajar cemerlang SPM tu dah tersebar luas, dah banyak Mas baca di blog. Macam² cerita dan tanggapan yang diperkatakan.

Walaupun apa yang kita perkatakan itu benar tapi susah untuk mengubah perkara yang telah berlaku, semua itu adalah pilihan dia sendiri. Dia memilih ke arah itu tanpa memikirkan baik dan buruk yang akan berlaku, keluarganya pulak tidak menghalang malah menyokong.

Mas memang tak suka cara dia, mudah sungguh berubah. Hilang respek pada kebijaksanaannya, tapi apa yang berlaku itu antara dia dan Allah SWT. Tak salah kita nak menegur tapi biarlah ke arah kebaikan, moga bila dia membaca hatinya terbuka untuk berubah. Janganlah kita pulak melatah dek kerana perbuatan dan sikap dia.

Keluarganya dah bersuara dan yang terbaru dia pun dah bersuara, jadi moga dia bisa berubah ke arah yang lebih baik. Moga dia tak sia²kan kelebihan yang ada pada dirinya. Kita bukan Allah untuk mengadili segala kesalahannya, doakan dia sedar akan kesilapannya.

Pilihan di tangan kita sendiri, jadi biarlah pilihan itu yang terbaik!

11 ulasan:

  1. betul tu.mak dye pon sokong dye,

    BalasPadam
  2. tak tau nak kata apa kan kak....geram pun ade

    BalasPadam
  3. erm.. doakan yg terbaik utk Amalina .. smoga Islam masih bersamanya

    BalasPadam
  4. hurm. tu la.. satu malaya kecoh pasal dia ni..
    doakan jela yang terbaik tuk dia..
    macam dkt setngah2 entri yg sy baca.
    jiran sbelah umah seksi kemain taknak bising. amalina punya kes nak kecoh2..

    papepun.. doakan jugak agar kita tdk tergolong dalam golongan yang dimurkai Allah.. Aminn...^^,

    BalasPadam
  5. kadang2 orang keliling umah pun pakai ketat2 nampak betis...tapi kita tak melenting...tp Amalina? ...hot kisah dia sekarang...kesian...nak ikutkan memang kita marah dia jadi macam tu, tapi mungkin pengaruh persekitaran...kita doakan terbaik untuk Amalina...

    BalasPadam
  6. assalamualaikum mas...yer betul tu apa2 pun pilihan adalah di tgn masing2kn sama ada baik atau buruknya itu hak die..cuma kita hanya mampu meluahkan apa yg terasa di hati yg lain2 tu terserah jer la..:)

    BalasPadam
  7. pilihan pada diri sendiri, kita yg warnakan hidup kita.

    BalasPadam
  8. Apa apa pon terpulang pada diri dia sendiri. Dia yang buat pilihan untuk jalan cerita hidup dia kan Kak Mas. Kita sesama manusia tak layak nk menghukum apetah lagi nak lemparkan caci makian :')

    BalasPadam
  9. mak dia dah bg statement..kita takde hak lah. setakat nk tegur tu bolehlah :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com