Assalamualaikum...(^ ^)
Hambarnya blog hari ni. Maklumlah cuti lama, mesti ramai balik kampung.
Tapi takpe, hambar pun hambarlah. Janji Mas dapat kongsikan sesuatu dengan kawan² dalam blog Mas yang tak seberapa ni. Rasanya kalau tak update rasa tak seronok pulak.
Macam biasalah hari ni husband kerja, jadi Mas hanya memerap di rumah. Jalankan rutin biasa iaitu masak untuk husband dan anak². Memang dapur ni hanya berasap bila waktu husband kerja, kalau dia off memang keluar jalan² dan makan di luar.
Menu hari ini biasa je. Ada Singgang Serani Ikan Tenggiri, Sambal Sotong dan Ulam-Ulaman. Singgang Serani tu adalah ilham dari blog Che Mat Gebu, tapi Mas tambah bendi sikit. Ternyata memang sedap, anak² dan husband pun puji. Kalau teringin nak cuba boleh tengok resepinya di sini.
sedap btul akak masak.... sambal sotong dgn ikan tu memang menyelerakan... ulam2 tu sy kurang sikit.. hehehe ;P
BalasPadamuish.. sedap sedap sedap..
BalasPadammasa uncle kecik, sotong potong macam tu boleh buat sarongkan kat jari macam cincin....
BalasPadamhehe
sotong mcm tiub getah hahaha, dulu keh suka sotong sambal tu, sekarang idok lagi...huhuhu
BalasPadamwuu.sedapnya sambal sotong tu../
BalasPadamWoooaaaaa sotong ... kegemaran saya tu kak...sedapnye.. tp sotong mahal skang :(
BalasPadamahhh sedapnyee bendi itu..kat sini xde bendi segar,ade yg frozen nyerr je...huhu
BalasPadamini nampak sedap yang melampau. hehe
BalasPadamBoleh masuk masterchef ni.
BalasPadam