terkini dan sensasi

Selasa, 10 Januari 2012

Pertama kali kena

Assalamualaikum...(^ ^)

Balik kerja terus pergi ke klinik, tak tahan dah rasa sakit kat bawah telinga ni. Sampai di klinik..

Doktor : Sakit apa?

Mas : Sakit kat bawah telingalah doktor, bengkak!

Doktor : Dari bila sakitnya?

Mas : Dari pagi tadi, ini pun dah rasa nak demam.

Doktor : Mari saya tengok, kemungkinan kena beguk kot. Awak tak pernah kena beguk ke?

Mas : Tak pernah doktor, pertama kali kena ni.

Pastu doktor tu boleh gelak, dia kata biasanya penyakit ni kena pada kanak². Tapi kalau tak pernah kena, kemungkinan akan kena masa dewasa. Kata doktor kesakitannya 2 kali ganda. Itu yang tak tahannya, sekarang ni pun dah demam dan kepala pun berdenyut².

Tapi yang sedihnya, doktor tak bagi MC pun, katanya cuba makan ubat tahan sakit dan antibiotik dulu. Kalau esok sakitnya masih teruk dia suruh datang semula. Camtu pulak, nampak sangat doktor tu tak nak bagi MC. Tapi Mas ikutkan je, selagi boleh bertahan.


18 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...selamat berehat yer n moga cpt sembuh...:)

    BalasPadam
  2. beguk..
    hurmm..
    kalau bahasa kampung kat umah ni panggil pe ek..
    hishh..blur kejap..

    BalasPadam
  3. Ishhh kedekutnyaa doktor ni. Kalau saya mintakk jugak mc, sebab nak buat kerja pungg takde mood sebab kena tahan sakittt HEHEHE

    BalasPadam
  4. semoga cepat sembuh kak mas..huhu

    BalasPadam
  5. skit2 blog tak lupe

    mintak la kak

    BalasPadam
  6. eik.. awat tak dapat MC

    sekarang mas rasa okey???

    aduh.. kasihannya, rehat secukupnya ya

    BalasPadam
  7. hayoooo
    bile dewasa kene beguk ni meng payah sikit kak

    emm..die x kasi MC?
    aihh..peliknye, sebab ni kemungkinan berjangkit jugak kak..
    xpela..kak makan ubat tu..
    kalo ade cuka+nila, boleh bubuh kat bengkak tu, ye cepat susut tu :)

    BalasPadam
  8. da lame xdga org kene beguk..

    makan ubat bia cepat baik ea :)

    BalasPadam
  9. as,salam. semoga kak mas cepat sembuh dan sihat selalu....jgn lupa makan ubat hehehe...

    BalasPadam
  10. la apalah dr ni..bagilah mc..semoga mas cepat sihat yea.

    BalasPadam
  11. atok pun tak pati samada ponah kono beguk atau tak...hoho

    BalasPadam
  12. beguk. say penah kena masa sekolah.
    dapat MC. hehehe.

    BalasPadam
  13. alahai ciannya...terbyang dah kecomelan muka akak dgn beguk tu...hihi

    BalasPadam
  14. salam sejahtera.
    Doktor kat tempat saya, kalau tak nak cuti pun disuruhnya cuti hehehe best...
    get well soon.

    BalasPadam
  15. selamat sihat kak mas! Beguk sekejap je...

    yang ke 2012?

    BalasPadam
  16. beguk tu sejenis penyakit ape?? tak pernah dengar.. huhuhu..

    BalasPadam
  17. eh kenapa doc tu gelak ?? tak baiklah. orang sakit dia gelak pulak.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com