terkini dan sensasi

Khamis, 2 Februari 2012

Anak dan internet

Assalamualaikum...(^ ^)


Untung anak² zaman sekarang, seawal usia yang muda telah didedahkan dengan internet. Jangan terkejut kalau budak yang baru berusia 5-6 tahun pun dah ada akaun Facebook dan ada sesetengah lebih cekap menggunakan internet berbanding ibu bapa mereka.

Macam anak Mas yang sulung pun ada jugak akaun Facebook, itu pun abah dia yang tolong buatkan akaun. Jadi senang sikit nak pantau kan? Kebanyakan kawan dia di Facebook Mas kenal dan Mas hanya bagi dia online 2 kali seminggu iaitu hari Sabtu dan Ahad. Masa dia online Mas akan pantau, risau jugak dia tertengok gambar atau video yang bukan². Facebook ni kan banyak benda² camtu.

Jadi tak salah sebenarnya kita nak dedahkan anak² dengan penggunaan internet, memang ada kebaikannya. Sekurang²nya mereka celik IT dan boleh menggunakannya untuk mencari bahan bacaan belajar, tapi harus diingat yang kita perlu memantau aktiviti internet anak². Bukannya apa, takut nanti mereka layari laman sosial yang bukan².

Yang paling perlu diambik berat ialah jika anak kita mempunyai akaun Facebook sendiri. Seeloknya kita yang buatkan akaun tu untuk anak kita. Kalau mereka nak online, mereka perlu minta kebenaran kerana hanya kita yang tahu username dan password akaun tersebut. Dengan cara ini kita boleh pantau setiap masa siapa kawan mereka di Facebook dan apa yang mereka tulis.

Pastu hadkan penggunaan internet, tetapkan masa yang sesuai untuk mereka melayari internet. Janganlah sepanjang hari biarkan mereka online tanpa pengawasan dari kita, dan yang paling penting kita sekat laman sosial yang tak sepatutnya dilayari oleh anak² kita.

11 ulasan:

  1. dni lak dah terminat broadband tu pasal lembap update blog dan blogwalking hehe

    BalasPadam
  2. mmg takut ngn budak2 skrg ni.hebat.dorg cepat belajar.

    BalasPadam
  3. budak sekarang maju ;) dulu kecik takda pun eh guna fb :D main masak2 ada hee

    BalasPadam
  4. tak salah jika diberi kegunaan dgn cara yg betul. dan byk buat resarch.

    tapi part yg "bukan-bukan" tu mmg wajib pantau. zaman cyber mmg susah nak kawal. tambah2 plak mereka lebih cekap dari kita.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...mmg betul budak skg ni mmg lebih advance dr ibubapa mereka tapi kita sebagai ibubapalah yang harus memantau akaun fb mereka agar mereka dpt menggunakan internet ini ke jalan yg betul..

    BalasPadam
  6. @Bulan Syurga Firdausi
    elok gak takde, bukan best sangat pun FB ni!

    BalasPadam
  7. Betul la...budak2 susah nak makan sayur.. Mcm sy dulu pun gitu gak... Sbb mind set sayur tu tak sedap n pahit.. Dah tua2 ni baru reti nak makan sayur...hehehe..

    BalasPadam
  8. bagus cara ni...kalau kita tak kasi anak kita bersosial ngan kawan2 fb pun susah jugak kan, takut anak ketinggalan...so pantau adolah jalan terbaik ... =)

    BalasPadam
  9. budak2 sekrang memang kena pantau betul2. teruskan mas berkongi ilmu keibu bapaan ini walaupun aku belum berkahwin hehehe

    BalasPadam
  10. kalau nk bg anak surf intrnet boleh tp kena ada limit. serious bahaya. taip apa2 semua keluar. mmg bahaya.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com