terkini dan sensasi

Sabtu, 4 Februari 2012

Anak merampas dan memukul

Assalamualaikum...(^ ^)

Perkongsian menarik ni. Bacalah, agar jadi manfaat kita bersama sebagai ibu bapa. Sumber diperolehi dari artikel bertajuk "Dari Mana Anak Kecil Belajar Merampas dan Memukul", Prof Dr. Rozieta Shaary.

Tapi Mas dah olah sikit ayatnya, untuk baca artikel sebenar boleh klik sini.


Kadang² kita boleh tengok ada sesetengah budak suka merampas barang permainan orang lain dan ada jugak yang sanggup memukul untuk mendapat barang tersebut. Dari mana mereka belajar semua ni? Sebenarnya anak kecil tidak akan menjadi pemarah kecuali dia sering dimarah atau semasa dalam kandungan, si ibu sering dimarah atau bersedih dan tertekan.

Cuba pelajari dari senario yang berlaku semasa mereka masih bayi lagi, anak kecil yang berusia 3-4 bulan mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut. Bila ibu perasaan dia akan merampas daripada anaknya kerana bimbang benda itu berbahaya jika dimasukkan dalam mulut. Jika anak cuba mengulangi lagi perkara yang sama si ibu akan rampas lagi barang tersebut dan terus memukul tangan anaknya. Dia berbuat begitu dengan harapan anaknya faham yang benda itu bahaya dan tidak boleh dibawa ke mulut.

Tapi berhasilkah apa yang ibu itu lakukan, tidak sebenarnya. Kerana apa yang anak itu faham apabila dia ambik barang orang, orang akan rampas balik dan pukul dia. Jadi jika barang dia pula diambik, dia akan buat perkara yang sama iaitu merampas dan memukul untuk dapatkan balik.

Jadi apa yang perlu kita lakukan jika anak ingin memasukkan sesuatu benda yang berbahaya ke dalam mulut? Caranya, kita ambil satu barang lain yang tidak berbahaya dan beri padanya. Katakan pada anak yang ia boleh dimasukkan ke dalam mulut, yang tadi NO dan yang ini YES. Ulang yang YES itu berkali² supaya anak² lebih banyak menerima YES dalam hidupnya. Kesannya dia akan ada rasa hormat diri yang tinggi.

Memang betul apa yang diperkatakan oleh Prof ni, apa anak pelajari semuanya bermula dari kita sendiri. Kalau putih kita corakkan, putihlah jadinya dan kalau hitam kita corakkan, maka hitamlah.

9 ulasan:

  1. btol tu

    sume kite kene didik

    ank2 cermin keluarga sbnrnye

    BalasPadam
  2. tips berguna ni kak.... motivasi berguna pada ibubapa juga ni

    BalasPadam
  3. salam akak.. ilmu baru ni.. :).. kali pertama lady dengar perihal ni.. :).. lady nak simpan untuk pedoman.. insya-Allah..

    BalasPadam
  4. gud info... kadang2 saya ni tak terlepas marah anak n ambil brg2 dia sbb takut apa2 jd kt dia.. rasa bersalahnya sebab salah mendidik anak..ermmm..

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...suka sesangat ngan n3 ni best...:)

    BalasPadam
  6. kalau orang rampas boifren / girlfren?

    BalasPadam
  7. jaga perlakuan kita depan anak anak

    BalasPadam
  8. kdg2 sy rasa rimas tgk budak2 gaduh rebut mainan . tk tahu nk handle macam mana. sbb ada budak jenis kalau nak barang, nak jugak !!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com