mrs secretary

Jumaat, 3 Februari 2012

Permintaan si anak

Assalamualaikum...(^ ^)


Sebagai ibu bapa sebenarnya susah kan kita nak tolak permintaan anak² ni. Tapi tak bolehlah jugak selalu turutkan, takut nanti anak besar kepala. Selagi kita tak bagi mereka akan mengamuk tak tentu pasal sehingga memalukan kita, jadi nak tak nak kita terpaksa tunaikan jugak.

Macam Mas memang tegas dalam bab permintaan ni, sebab itulah anak² tak berani sangat nak minta apa² dengan Mas. Jadi mereka lebih rela cakap dengan abahnya, dan kalau cakap dan minta mesti boleh dapat punya. Mas pulak geram dengan husband, lembut hati sangat.

Tapi takdelah semua permintaan mereka Mas tak tunaikan, tengok keadaan dan apa yang diminta tu. Kalau Mas rasa perlu untuk belikan, pasti Mas akan beli. Cuma bukanlah selalu, sekali sekala je. Tak nak diturutkan sangat apa yang mereka nak, takut besar kepala pulak nanti. Minta macam²!

Sekarang anak² Mas dah semakin memahami, kalau tak dapat tu takdelah mereka nak memberontak. Siap cakap lagi, "Kalau mama ada duit nanti, mama belilah ye!" Jadi Mas anggukkan je, takdelah berjanji. Takut mereka tuntut pulak nanti.

Tapi sekarang ni Arfan dah pandai, kalau dia minta sesuatu dan Mas kata tak boleh, mesti dia akan cakap "Mama ni kedekutlah!"

12 ulasan:

  1. xboleh biasakan depe stiap bnda mntk dpt kan.huhuu

    BalasPadam
  2. macam mana anak menamuk boleh malukan parents kak?.

    BalasPadam
  3. Betul...permintaan anak ni ada yg boleh kita ikutkan... ada yg kita terpaksa tolak sambil berhati kering sebab diaorg mungkin akan melalak sampai semua org pandang kita :-D

    BalasPadam
  4. ckp kat anak ... kalau ckp selalu yg mama kedekut.. nanti betul2 mama kedekut... kedekut itu perlu... elakkan pembaziran...

    BalasPadam
  5. ckp kat anak ... kalau ckp selalu yg mama kedekut.. nanti betul2 mama kedekut... kedekut itu perlu... elakkan pembaziran...

    BalasPadam
  6. tanda memberontak si arfan tu....takpe lama2 nanti dia faham le tu kenapa dan mengape ditunaikan permintaan dia.

    BalasPadam
  7. salam kak mas..maaf da lama x ziarah

    saya suka cara kak mas didik.saya kdg2 pening dgn parent yg turutkn kehendak anak smp mrka jadi terlalu manja.sbb tu mrk hentak2 kaki kalau x dpt..nnt kalau ada anak nk blaja dgn kak mas la.hihi..

    BalasPadam
  8. bahaya kan kalau ikut kan sangt..takut sampai besar tak paham bila orang kata tak boleh..

    tapi kalau dia nak saya selalanya minta dia lakukan sesuatu dulu.kalau berjaya baru dapat..

    misalnya sekarang ni dia nak satu mainan tu,saya cakap kalau dah pandai membaca baru boleh beli,sekarang tetiap malam mesti nak belajar membaca..heheh

    BalasPadam
  9. ade bende kene turutkan

    ikut keperluan kan kak

    BalasPadam
  10. assalamualaikum mas...yer la kekadang tu ada yg boleh diikutkn n kekadang plak tu ada yg x boleh kn...

    kena gak bagi alasan yg munasabah buat mereka jadi mereka akan faham apa yg kita ckp...:)

    BalasPadam
  11. ikut salah tak ikut salah. serba salah la semuanya

    BalasPadam
  12. ahahaha, jawapan anak kak mas sama mcm jwpn adik saya. hehe. kedekut betul lah mama. hehe.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com