terkini dan sensasi

Isnin, 20 Februari 2012

Berwaspadalah

Assalamualaikum...(^ ^)


Perkara ni dah 2-3 minggu rasanya berlaku, tapi baru hari ni Mas ingat balik. Jadi tak salah rasanya kalau Mas kongsi dengan kawan² untuk peringatan kita bersama. Ini mengingatkan kita untuk lebih berhati² lagi dengan keadaan sekeliling, jenayah tu ada dimana².

Mas baru sampai rumah, terus minta Atikah buka pagar dan seterusnya buka pintu rumah. Sejurus Mas selesai parking kereta di garaj, tiba² datang seorang lelaki cina. Dia terus berjalan masuk dan menuju ke muka pintu. Mas terkejut jugak, terus turunkan tingkap dan suruh anak tutup pintu grill. Masa tu Mas masih ada dalam kereta dan baru nak matikan enjin.

Sampai kat muka pintu dia tu terus tanya kat anak Mas, ayah ada tak? Pastu bersungguh² dia suruh anak Mas buka pintu, Mas pun turun dari kereta dan terus sergah dia. Mas tanya, "Awak nak apa, sesuka hati je masuk pagar rumah orang."

Rupanya dia jual barang, penapis air rasanya. Mas terus cakap tak berminat dan beritahu dia suami takde kat rumah, jadi tak boleh cakap dengan orang tak dikenali sesuka hati. Tapi dia berkeras jugak, katanya sekejap je masa yang dia ambik. Nak perkenalkan produk, tak beli pun takpe katanya.

Terus rasa syak sesuatu dan tak sedap hati, sepantas kilat Mas masuk ke dalam rumah dan terus tutup pintu. Terpinga² cina tu! Lantak dialah kan, janji Mas dan anak² selamat. Mana tahu entah² dia berniat jahat ke? Bila Mas intai dari tingkap, tengok dia dah pergi bersama 3 orang rakannya. Rupanya ada lagi 3 orang dah tunggu di luar pagar. Nasib baik Mas masuk cepat, kalau tidak tak tahulah.

Jadi berwaspadalah kalau ada orang yang mencurigakan camni. Walaupun mereka kata hanya jurujual, tapi kita tak tahu niat jahat disebaliknya.

13 ulasan:

  1. eee..takutnya..nasib baik akak anak beranak tak apa-apa..

    BalasPadam
  2. memang kena berhati2 kalau dah camtu gayanya, main terjah aje gitu

    BalasPadam
  3. bahaya sekarang ni Mas..mereka sanggup membuat pelbagai jenis taktik untuk memperdayakan kita..berhati-hati selalu ye.

    BalasPadam
  4. Dah banyak kita dengar mcm2 kes..mmg kena berjaga-jaga..tak boleh percaya sgt sembarangan org pd zaman ni..

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...yer la berhati2kan jenayah ni mereka x kira dimana2 pun boleh dilakukan...:)

    BalasPadam
  6. nasib baik takde apa2...sentiasa curiga itu lbh baik kan mas...

    take care..

    BalasPadam
  7. salam,

    erm... baguslah... lbh baik berjaga2...

    tq sudi singgah n follow my blog... :)

    BalasPadam
  8. mungkin cina tu betul nak jual penappis air... tapi tak salah bile kamu bertindak macam tu... zaman sekarang memang kena selalu was2 dengan orang2 macam tu...

    BalasPadam
  9. Umangaaihh datang macam nak carik gadoh ker nak berniaga yer. Haishh tu lah dunia sekarang ni,semua tempat pon dah tak secure. Nak tak nak kena pandai pandai jaga diri sendiri dan keluarga supaya tak jadi perkara yang tak di ingini kan. -.-'

    BalasPadam
  10. Salam perkenalan. . .

    Nnt bole la ajar arfan simpulan bahasa dr blog bonde
    kumahuitu.blogspot.com

    jom follow . . .

    BalasPadam
  11. Salam perkenalan. . .

    Nnt bole la ajar arfan simpulan bahasa dr blog bonde
    kumahuitu.blogspot.com

    jom follow . . .

    BalasPadam
  12. Tindakan mas tu betul. Lepas ni kena lebih berwaspada selalu.

    BalasPadam
  13. bukan nak kata lah tapi zaman skang ni mmg byk sgt berlaku kejadian yg kita tak expect pun. serious kena hati2.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com