mrs secretary

Isnin, 20 Februari 2012

Dari filem Ibu Mertuaku

Assalamualaikum...(^ ^)


Sedang layan filem Ibu Mertuaku.

Memang tak jemu menonton filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ni walaupun dah banyak kali, ada saja babak² yang menarik dan menyentuh hati.

Bila tengok filem ni terfikir balik, ada lagi ke orang nak jumpa kali pertama berfikiran macam Kassim Selamat dan Sabariah. Risau orang yang nak dijumpa tak cantik dan menipu, rasa Mas mesti takde kot? Sebab orang zaman sekarang pertama kali jumpa pun dah boleh buat macam². Tak kisah cantik ke tak, janji dapat yang dikehendaki untuk puaskan nafsu.

Pastu terfikir jugak, ada lagi tak ibu mertua camtu zaman sekarang, mungkin tiada dan mungkin ada. Tapi kalau ada pun Mas rasa takdelah sekejam dalam filem ni, mungkin mula² dia tak berkenan pada menantunya. Tapi kalau menantu pandai ambik hati, lama² dia akan sayang jugak. Lagi pun seteruk mana mertua tu dia tetap ibu mertua kita, ikatan tidak akan terpisah hingga ke akhir hayat.

Sebenarnya filem lama² ni bukan sengaja difilemkan begitu, tapi banyak pengajaran yang boleh kita ambik. Bak kata pepatah "Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan", pandailah kita ambil manfaat daripadanya.

7 ulasan:

  1. hahaha mmg masih ada lagi gelagat dlm filem ibu mertuaku ni di dunia realiti ni. tak nafikan....tapi tak la 100 peratus

    BalasPadam
  2. filem hanya inginkan untung jika kita faham apa yang hendak di sampaikan kita lebih beruntung :)

    BalasPadam
  3. skrg ni kalau menantu ahli muzik. mak mertua suka sangat la kot kak. hehe

    BalasPadam
  4. lagu2 dalam filem ni best...

    BalasPadam
  5. Haha Baru sembang pasal benda ni semalam. Sorang member nk pergi date tapi di suruhnya kawan dia yang menyamar dulu.

    Jadi diri sendiri tu lebih baik. Kalau dia betul2 nak kan kita,terima apa adanya jer. :P

    BalasPadam
  6. salah satu filem cinta tragis. Bab cucuk mata yang berdebar debar tak tahan tu.

    BalasPadam
  7. suka jugak ! dah tengok 2kali !! :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com