Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 29 Mac 2012

Habiskan nasi tu!

Assalamualaikum...(^ ^)


Kadang² kita geram bila tengok budak² seperti anak atau adik kita makan tak habis. Membazir je, sayang tengok makanan dibuang begitu saja.

Kalau anak² Mas ada saja alasannya kalau makan tak habis. Dah kenyanglah, sakit perutlah, nasi rasa pedaslah dan macam² lagi. Geram bila dengar, kalau dipaksa camne pun memang mereka tak akan habiskan nasi tu.

Jadi Mas gunakan pendekatan yang lebih bijak, bukannya nak mereka percaya tapi cara psikologi camni lebih berkesan. Bila mereka makan tak habis terutamanya nasi, Mas akan cakap camni.

"Kalau kakak dan Arfan makan tak habis, nanti nasi tu menangis tau. Malam nanti dia datang sambil nangis. Pastu nasi tu cakap, makanlah saya! makanlah saya!

Terus laju² mereka habiskan nasi. Siap tanya, betul ke mama? Mas senyum je sambil anggukkan kepala, dalam masa yang sama Mas ingatkan mereka supaya fikirkan orang yang susah nak dapat makanan. Setakat ni mereka faham dan setiap kali makan mereka akan cuba habiskan makanan.

Biasanya cara begini lebih berkesan daripada kita marah anak².

11 ulasan:

  1. dulu pun mak selalu cakap camtu..kalau tak abis pun fiza akan suruh sesape makan tlg abiskan..hehehe..sayang tengok kalau tak habis makan..macam tak hargai makanan yang ada.

    BalasPadam
  2. ohhh sama la bonde pon buat cam tu kat fatin...
    tp jenuh la... nak ajar benda yg baik...pada anak2 zaman la ni.... last2 klu da dipaksa x abis makannye...
    ~bonde yg negok sayang nak buang.
    ~bonde yg makan.... last2 anak maintain kecik bondenya yg bagai dipam2 hu hu hu

    BalasPadam
  3. mak CK pun selalu ckp camtu dulu .... "nasi menangis bila kita tak makan dia sampai habis...."

    BalasPadam
  4. hahahaha ini kaedah tradisi dari dahulu. mmg sgt2 menarik

    BalasPadam
  5. My kalau makan nasik pn mesti habes... sayang wooo hehe.

    Thanks for the wish kak..
    fuhhhh fuhhh my tiup aura kat akak... hehe...

    BalasPadam
  6. saya dah pernah guna cara yg sama tapi tak berkesan bile si abang tanye balik
    " mane...tak nampak pon nasik tu nangis...!"

    ha3... tak jalan pon!

    BalasPadam
  7. wah, caro yang bagus dan berkesan pado pandangan atok...hihi....tapi dalam maso yang samo cubo kita terapkan yang amalan membazir tu tak bagus...

    BalasPadam
  8. anak kak liza yg no 4 selalu gitu. masa kecik2 dulu kak liza suka amik nasi sesenduk kecik je. makan sikit je..

    BalasPadam
  9. ai..ayat mcm mak sy dlu je? =P

    BalasPadam
  10. assalamualaikum mas...betul tu dr marah2 eloklah bagitahu mereka mcm tu nasi pun dpt dihabiskn...:)

    BalasPadam
  11. kak mas, namee selalu tak habiskan nasi. dah jadi habit pun. taktau nk buat macam mana tp namee salu amik nasi sikit sbb tkt tak habiskan.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com