terkini dan sensasi

Jumaat, 30 Mac 2012

Mama ingat tau!

Assalamualaikum...(^ ^)


Perbualan dengan anak² semasa dalam perjalanan ke sekolah boleh memberikan kesan yang mendalam pada kita dan mereka. Masa itulah mereka nak berkongsi apa yang mereka pelajari di sekolah. Ini perbualan Mas dengan Arfan pagi tadi.

Arfan : Mama tahu tak, kalau nak masuk tandas kita kena langkah kaki kiri dulu.

Mas : Oooo ye ke? Mana Arfan tahu ni.

Arfan : Belajar kat sekolahlah. Mama ingat tau, kalau nak masuk tandas langkah kaki kiri. Pastu kalau nak keluar tandas langkah kaki kanan.

Mas : Ok, mama akan ingat. Arfan pun kena ingat jugak.

Arfan : Mestilah ingat, kan Arfan dah belajar.

Tengok, kadang² perkara remeh temeh camni kita selalu lupa kan? Bila sesekali anak² bercerita pada kita apa yang mereka belajar di sekolah baru kita terfikir. Rupanya selama ni kita masuk tandas main langkah je, tak kisah kaki kanan ke kiri.

Sebab itulah, antara kita dan anak² kena ada "give and take". Apa saja kebaikan yang mereka belajar elok dimanfaatkan bersama².

8 ulasan:

  1. naz masuk tandas lompat biasanya haha. bijak anak emak seorang ni

    BalasPadam
  2. mmg bagus anak2 kecik dh tau psl sunnah nabi

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...bagusnya dr anak2 kita dpt mengingatinya kembalikan...:)

    BalasPadam
  4. setuju, tepat sekali! kena bagi perhatian bila anak2 nak tunjuk skill, baru diorang membesar jadi yakin!

    BalasPadam
  5. salam perkenalan dari saya :)

    BalasPadam
  6. kalau dah belajar..kenelah pratikkan..baguslah arfan ni.

    BalasPadam
  7. comel Arfan .hehe.em budak kecik ni cepat belajar dan ingat. diorang pula yang ingatkan kita. :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com