mrs secretary

Khamis, 29 Mac 2012

Selera besar

Assalamualaikum...(^ ^)

Lambatnya update! Sibuk kemas bilik bos, biasalah 5S.


Biasanya Mas akan bagi Atikah belanja sekolah RM3.00 setiap hari. Macam biasalah Mas akan suruh dia berjimat sikit, kalau boleh simpan RM1 setiap hari. Biasanya dia akan belanjakan duit untuk beli makanan sahaja, air memang dia bawa bekal air kosong dari rumah. Mas memang tak benarkan dia beli air yang dijual di kantin sekolah tu.

Tapi bila tiap kali Mas tanya..
"Kakak, habis ke duit belanja sekolah hari ni?"

Mesti dia akan jawab, habis. Mula Mas syak macam², apalah yang dia beli kat sekolah tadi. Jadi terus soal satu persatu, apa yang dia belanjakan. Katanya semua duit digunakan untuk beli makanan bukannya beli benda yang bukan².

Jadi Mas pun tanya lagi..
"Apa makanan yang kakak beli sampai habis semua duit RM3."

Jawapan dia..
"Kakak beli nasi lemak RM1 pastu kakak beli roti hotdog 2 bungkus. Sebungkus roti tu RM1, jadi habislah duit kakak semuanya."

Mas pun saja tanya lagi.. 
"Betul ke kakak beli makanan, tak akanlah sampai banyak camtu."

Terus dia jawap dengan rasa geram..
"Betullah mama, kakak kan selera besar!"

Hehehee, nak tergelak pulak! 

13 ulasan:

  1. hehehee..ppsstt..ikut sape tu? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut abahnya... mamanya selera kecik je! hehehee

      Padam
  2. hihi...budak2 skrang selera beso yea =D

    BalasPadam
  3. Huhu, budak2. Tp, ok gak educate diorang awal2 psl menabung nih kan?:-)

    BalasPadam
  4. hehe..pandai tu.." selera besar". Biar lah mama..kalau tak selera kang susah hati pulak mama, mula lah nak kena beli vitamin lah..hihi

    BalasPadam
  5. fuyoooh... tergelak kak liza membacanya.

    BalasPadam
  6. assalamualaikum mas....biasa la budak2 mesti ada je makanan yg hendak dibelinya...:)

    BalasPadam
  7. tapi nampak atikah mcm badan kurus jer hehehehe

    BalasPadam
  8. hehe... pandai pulak dia guna perkataan 'selera besar' tu kan..:)

    BalasPadam
  9. hahahha hotdog 2 ye dik? akak mkn 1 pun tak hbis tau...eceh =P

    BalasPadam
  10. hehehe..takpe..selera mkan mesti nak besar..nampak yg best mesti nak makan punye..

    BalasPadam
  11. beli makanan xpe.. utk perot sndiri.. ekeke..

    BalasPadam
  12. pandai dia jawab..kakak kan selera besar.hehe.takpela,kalau dia beli makanan.jgn beli makanan keropok banyak pewarna tu je.:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com