mrs secretary

Sabtu, 10 Mac 2012

Kenapa mengeluh

Assalamualaikum...(^ ^)


"Apasal hidup aku camni, tak pernah senang. Susah je memanjang!"
"Apahal duit aku asyik tak cukup ni, padahal tiap bulan dapat gaji RM2k!"

Kenapa kena mengeluh camni, bukankah dengan mengeluh kita seolah² tak boleh terima dengan apa yang berlaku dalam kehidupan kita. Padahal perkara tu bukan berat pun, sekadar masalah duniawi yang harus kita hadapi.

Sepatutnya jika ada masalah kita muhasabah diri, mungkin kita kurang bersyukur sebab itulah masalah itu datang bertimpa². Cuba kalau waktu tiada masalah atau waktu ada masalah kita bersyukur, pasti rasa lega kan? Takdelah 24 jam asyik nak mengeluh je.

Bukannya Mas cakap tak boleh mengeluh tapi biarlah kena dengan keadaannya. Ini tak setiap kali ada masalah kita mengeluh, cakap ini tak betul itu tak betul. Diri kita yang tak betul kita tak sedar. Sepatutnya kita berusaha dan cari dimana silapnya sehingga masalah itu menimpa, kalau mengeluh saja memang tak akan membantu.

Banyakkan bersyukur, kurangkan mengeluh. Pasti Allah akan tunjukkan jalannya.

8 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...betul tu kita ni manusia kekadang x pernah bersyukur,ada masalah sikit pun nak mengeluh cuba lah a kitbanyak2kan bermuhasabahkan diri kita mohon dr Allah berikan petunjuk mudah2an segala permasalah yg berlaku akan dpt diatasi dgn segera..:)

    BalasPadam
  2. dari mengeluh baik berfikir.

    kalau saya mmg sah-sah la abaikan, banyak perkara lagi yg boleh dibuat dari mengeluh nie. bukan boleh senangkan hidup pun :)

    BalasPadam
  3. Selagi bergelar manusia, slagi tu la segalanya x pernah cukop.. HUHU

    BalasPadam
  4. adei lme xbw

    smpai akk tkr header xtau

    BalasPadam
  5. InsyaAllah akan kurangkan keluhan tu.tapi kadang kadang automatic kuar gak keluhan tu.-_-'

    BalasPadam
  6. betul cakap kat mas tu.. manusia ni tak pernah lari dari keluhan.. huhu

    BalasPadam
  7. bersyukur akan menambahkan keberkatan dan menambah rezeki
    insyaallah.

    BalasPadam
  8. mengeluh..semua manusia mengeluh tp macam mana kita bangkit... :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com