mrs secretary

Khamis, 1 Mac 2012

Ternyata dia boleh

Assalamualaikum...(^ ^)


Ibu mana yang tak risau kalau anaknya tak pandai membaca walaupun dah berumur 6 tahun. Mulalah terfikir yang negatif bila anaknya masuk sekolah rendah nanti, mesti akan ketinggalan dalam pelajaran.

Awalnya memang Mas risau bila Arfan masih belum pandai membaca. Kalau nak dibandingkan dengan kakaknya dulu, seawal umur 5 tahun dia dah boleh membaca dengan lancar. Tapi Arfan ni lain, nak kata dia tak pandai membaca tak jugak. Dia boleh mengeja sesuatu perkataan tu.

Jadi Mas selalu berleterkan dia, takut dia tak boleh membaca bila dah masuk darjah satu nanti. Selalu suruh dia supaya rajin membaca, kalau dia malas siaplah kena marah sampai menangis.

Tapi sangkaan Mas meleset, bukannya dia tak boleh membaca tapi mungkin dia malas. Biasalah budak lelaki ni kalau bab pelajaran dia malas sikit. Suatu hari, Mas terdengar dia baca buku cerita dengan kakaknya. Lancar pembacaannya, tak perlu eja satu².

Sekarang ni hari² suruh Mas dengar dia membaca, mungkin dia dah rasa seronok dapat membaca dengan lancar. Jadi Mas tak perlu risau lagi, ternyata dia boleh!

8 ulasan:

  1. sy pon risaukan perkara yg sama. bimbang anak2 tercicir dlm pelajaran...

    BalasPadam
  2. anak perempuan biasa ok je.. anak lelaki selalu begitu.. sama je situasi dgn kak liza dlm entry ni. http://www.adzriel.com/2011/12/banyaklah-tips-nak-belajarhehe.html

    BalasPadam
  3. kesian Arfan... mas jgn marah dia sgt ya

    biasalah, saya pun time geram memang nak berleter je

    anak saya (lelaki) skrg dah darjah 3, masa masuk darjah satu dulu mmg baca merangkak2

    adik dia (perempuan) sekarang ni darjah satu lancar baca x perlu mengeja lagi

    memang ada beza perkembangan budak lelaki dgn perempuan ni

    BalasPadam
  4. aik.....kan dah lepas bercuti
    mcm mana boleh malas lagi nie heheheh...

    BalasPadam
  5. budak laki mmg camni..
    same la ngn ank sedare saye..
    boleh je bace tp malas..

    BalasPadam
  6. assalamualaikum mas...cian nyer Arfan kena marah yer tapi x apa lama2 dah boleh bacakan mama pasti suka...:)

    BalasPadam
  7. Mas kena banyak beri dorongan dan doakan yang terbaik buat mereka.

    BalasPadam
  8. alaa, siannya dia kak. takpe...saya dulu umur 6 tahun pun baru pandai baca. sebab dulu duduk London, saya tak pandai bahasa melayu langsung. tiap kali belajar bahasa melayu, saya nangis sbb tak reti. dekat nk masuk sekolah baru tahu eja sikit2. insyaAllah, Arfan boleh ! comel air mata dia. hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com