terkini dan sensasi

Selasa, 3 April 2012

Ajar anak berkongsi

Assalamualaikum...(^ ^)


Mengajar anak berkongsi memang mencabar, tetapi tidak mustahil jika dilakukan dengan betul.

Meminta anak kita untuk berkongsi mainan mungkin sukar sebagaimana memintanya makan sayur. Tak kira apa yang kita kata, mereka tetap tak akan menukar keputusan. Keadaan akan lebih teruk jika kita terlalu memaksa mereka melepaskan mainan, menyebabkan anak mula buat perangai sebagai tanda bantahan. Majoriti anak² tidak suka berkongsi sesuatu yang dlisayangi mereka, sebab itulah kita perlu pandai memujuk untuk minta mereka berkongsi barangan miliknya.

Jangan paksa anak kita.

Sebenarnya kita tidak adil kerana meminta anak yang lebih tua untuk berkongsi dengan adik mereka, sebab adik sentiasa mahukan apa yang dimain oleh abang dan kakaknya. Walaupun anak kita yang berusia 2 tahun mahu bermain kereta api, tak semestinya abang kena berikan mainannya kepada adik. Mengajar adik beradik menghormati hak milik satu sama lain adalah sama penting dengan sifat suka memberi dan berkongsi yang cuba kita terapkan. 

Biarkan mereka selesaikan sendiri.

Ingat jika anak² sedang berebut mainan, jangan masuk campur atau cuba selesaikan masalah. Galakkan mereka cari penyelesaian sendiri sambil memegang mainan untuk mereka. Terangkan dengan jelas bahawa melainkan mereka membuat keputusan untuk bermain dengan baik bersama atau mereka tidak akan mendapat balik mainan itu, segalanya memerlukan masa.

Berkongsi bukan perkara yang mudah dilakukan oleh anak², tetapi dengan bimbingan dan sedikit kesabaran kita pasti boleh menanam semangat suka memberi dan kesanggupan berkongsi. Segalanya memerlukan masa dan latihan, tetapi belajar berkongsi tidak mustahil jika kita melakukannya dengan cara yang betul.

7 ulasan:

  1. wan dulu takda masalah dalam barang permainan sebab adik selepas wan perempuan.

    macam mana pula bila dah meningkat dewasa kak?

    Wan perhatikan, ada kawan kawan wan jenis yang kedekut, tak kongsi makanan, semua tak boleh.

    wan diajar untuk berkongsi,
    setiap kali abah dan umi lawat wan di asrama, dorang akan bawa makanan, dorang suruh kongsi ngan member bilik.

    tapi member wan sekarang ni.
    even wan terminum air kosong dorang dalam peti pun dah bising.

    haishh.

    BalasPadam
  2. betul tu. kalau tak suke share nnti smpai besar mcm tu

    pastu org pggil la die kedekut hehehe

    BalasPadam
  3. susah jugak kan nak mendidik anak ni

    BalasPadam
  4. sama situasi ngan wan...minum air kosong pun nak masam muka..huhu

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...yer la ajar anak kita dgn cara yg betul baru mereka dpt memahaminya..:)

    BalasPadam
  6. namee n kakak namee dulu beza satu tahun. ktrg salu gaduh n berebut smpai mama dah taktau nk handle macam mana. hehe.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com