mrs secretary

Ahad, 8 April 2012

Jangan racuni fikiran anak²

Assalamualaikum...(^ ^)


Janganlah kita racuni fikiran anak² dengan perkara menakutkan sebegini..

"Jaga kat situ ada momok."
"Duduklah dalam gelap, ada hantu nanti!"

Tapi memang dah terbiasa kan kita cakap camtu kat anak². Mas pernah jugak cakap masa mereka kecik² dulu, bukan niat nak menakutkan tapi dah terbiasa kot? Cuma bila mereka dah dewasa Mas cuba elakkan cakap sebegitu, bukan apa takut nanti mereka jadi anak yang penakut pulak.

Tapi seeloknya janganlah kita biasakan cakap sebegini dengan anak², biar mereka jadi anak yang berani dan tak takut dengan kegelapan. Terutamanya anak lelaki. Mana taknya, mereka akan percaya 80% apa yang kita katakan. Kalau itu yang diracun kat fikiran mereka, maka itulah yang mereka fikir.

Alhamdulillah, sekarang anak Mas dah semakin berani sebab Mas dah janji pada diri tak akan racun fikiran mereka dengan perkara tersebut. Untuk jadi ibu yang sempurna kenalah belajar dari kesilapan!

8 ulasan:

  1. Fiza selalu takutkan anak buah camtu..penakut tang tu je la..hal lain OK je.^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehee...akak dulu camtu gak!
      skrg tak dah, risau anak-anak jadi penakut..

      Padam
  2. Nasib baik mak aku tak pernah cakap dgn aku dan adik2 mcm tu... dia lagi galakkan kitorg supaya belajar berjalan dlm gelap. Skg kitorg dah mcm kucing bila berada dlm keadaan gelap, hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang dulu memang tak pernah takutkan anak2 camtu!
      orang sekarang je..

      Padam
  3. nice info, bagus utk para2 ibubapa yg sdg mengajar medidik minda anak2 mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang berkongsi...
      yang baik jadikanlah panduan, tak gitu! hehehee

      Padam
  4. assalamualaikum mas...ye la kekadang kita selalu buat mcm tu utk menakutkn anak2 tapi sebenarnya itu mengajar mereka menjadi seorg yg penakut....:)

    BalasPadam
  5. saya selalu racuni fikiran adik saya. hehe. dia pun percaya 100%.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com