terkini dan sensasi

Khamis, 17 Julai 2014

Shopping raya part 1 : Jakel

Assalamualaikum...(^ ^)

Apa khabar semua?

Maaflah lama menyepi, sekarang kat pejabat dah tak boleh buka blog. MAMPU dah sekat, jadi berkuburlah harapan nak update setiap hari. Balik rumah memang tak sempat langsung, sibuk nak masak. Tapi bukan tak boleh update dari Note, cuma biasalah lepas berbuka macam² nak buat. Jadi terus jadi malas nak update!


Ok takpe, hari ni Mas rajin jadi nak cerita pasal shopping raya masa cuti Nuzul Al-Quran tu. Mas cerita part 1 dulu sebab panjang nak cerita sekaligus kat entri ni. Memang dari awal dah cadang nak pergi Jakel kat Shah Alam, maklumlah nak tengok husband mirip² Aaron Aziz atau Zizan Razak raya nanti. Jadi keluar rumah dalam pukul 12, sekali sampai Jakel tengok memang dah sesak dengan kereta. Penuh tepi jalan orang parking, mula malas dah nak pergi tapi alang² dah sampai redah je.

Bila masuk dalam Jakel memang ramai umat manusia, nak jalan pun berhimpit². Tanpa buang masa Mas terus tuju ke tempat baju melayu, nak cari cepat² supaya cepat boleh keluar dari keadaan sesak tu. Tapi biasalah nak cari baju melayu husband memang susah, punyalah cerewet. Mas berkenan semua dia tak suka, naik geram jugak. Dekat sejam pilih, baru dapat yang dia berkenan. Fuhhhhh!

Dah setel baju husband terus misi mencari baju Arfan pulak, sesak jugak. Dah dapat baju dia barulah misi mencari baju yang perempuan. Cari punya cari dekat sejam satu apa pun tak dapat. Ada yang berkenan tapi takde saiz, pastu bila ada saiz tak menepati tema warna tahun ni. Baju Airis pulak takde saiz yang padan dengan dia, kalau ada pun kena alter. Mas malas nak hantar alter, leceh! Kakaknya dah dapat baju yang cantik, tapi tak berkenan pulak. Sama macam babahnya, cerewet. Huhhhhh! 

Akhirnya dalam pukul 2.30 camtu Mas balik, tak larat dah nak cari. Jadi dapat beli baju melayu husband dengan Arfan je kat Jakel. Balik terus gerak pergi Jusco pulak, nanti cerita di part 2.

3 ulasan:

  1. anum shopping dekat jakel shah alam

    BalasPadam
  2. dok tgk kaler bj melayu kt jakel cantik2...tingin gak nk beli 1 kt suami

    BalasPadam
  3. Sy cari kat jalan tar je hari tu.. pegi malam laaaaaaagi sesak..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com