Assalamualaikum...(^ ^)
Dah petang baru boleh update. Hari ni sangat sibuk sebab hari pertama masuk kerja setelah 3 minggu bercuti dek kerana banjir dan Airis kena chicken pox. Nanti Mas update kisah Airis, teruk dia kena.
Masih update kisah banjir 2014. Banyak lagi nak cerita kat blog ni sebagai kenangan, harap tak muak baca cerita banjir ni. Entri ni Mas rangkum untuk 2 hari sekaligus iaitu hari ke-6 dan ke-7 banjir berlaku.
Dah genap seminggu kami berpindah tapi air tidak menandakan untuk surut, setiap hari dok lepak renung air banjir sambil berdoa moga air cepat surut. Dah segan dok tumpang tidur kat rumah orang, walaupun dia tak kisah. Memang bersyukur dapat kenal orang sebegini.
Akhirnya pada hari terakhir tahun 2014 air mula surut tapi sangat sedikit. Tengok jelah gambar tu, lebih kurang sekaki je surutnya. Lega jugak rasa hati! Petang tu terus ajak husband pergi tengok keadaan rumah. Bila tengok masih nampak bumbung lagi sebab air surut sikit, jadi malam tahun baru kena menumpang lagi di rumah orang.
Malam tu Mas lepak dengan penduduk kat situ sampai jam 1 pagi. Nikmati malam tahun baru sambil ditemani cahaya lilin dan ada jugak budak² kampung main mercun. Rasalah semangat tahun baru sikit walaupun takde percikan bunga api.

kesiannya... apa nak buat... nanti akan ada rahmat besar disebalik musibah ni...doa kami semua untuk mangsa banjir
BalasPadam