terkini dan sensasi

Isnin, 1 Jun 2015

Festival Floria Diraja Putrajaya 2015

Assalamualaikum...(^ ^)


Mas dah sampai ke Floria Putrajaya 2015!

Memang buat perancangan awal nak pergi Ahad lepas ke sini. Seawal jam 8.30 pagi dah sampai, kejar masa sebab mesti waktu tengahari akan panas. Jadi jangkaan memang tepat, pukul 12.00 tengahari memang dah panas terik. Dinasihatkan kalau nak ke Floria datang awal pagi atau sebelah petang selepas pukul 6, redup sikit.


Untuk masuk ke Floria memang dikenakan bayaran. Harga tiket tak mahal sangat, mampu untuk dibayar. Semasa sampai boleh beratur di kaunter tiket dan dapatkan maklumat lebih lanjut di situ. Kalau nak masuk Winter and Spring Garden pun dikenakan bayaran.

Harga tiket Floria 2015
Dewasa : RM5.00 (dengan myKad)
Kanak-Kanak : RM1.00 (dengan myKad)

Dewasa dan Kanak-Kanak : RM3.00
(untuk Winter & Spring Garden)


FLORIA Diraja Putrajaya 2015
Tahun ini agak berbeza sedikit dari Floria yang lepas terutamanya dari segi konsep dan lanskap. Terdapat banyak laman dan lanskap yang cantik dan menarik untuk bergambar. Bunga² segar agak kurang sebab lebih banyak ke arah lanskap sahaja. Tahun ni jugak ada Taman Diraja yang sangat unik dan cantik terutamanya Taman Diraja Negeri Sembilan. Pihak Floria siap bina replika Istana Menanti.

Selain dari Taman Diraja ada jugak Taman Laut, Taman Fantasi, PinWheel Garden, Taman Orkid, Taman Spa dan pelbagai lanskap dari majlis perbandaran dan badan² berkanun. Mas pun tak sempat nak jelajah dan bergambar ke semua taman sebab cuaca panas, kena datang lagi!


Kalau nak alami sendiri pengalaman di Floria Putrajaya kena datang sendiri. Bawak payung dan banyak air mineral sebab cuaca sangat panas. Jangan lupa bawak kamera untuk ambil gambar yang cantik dan menarik, rugi tau tak bergambar!

Gambar sekitar Floria Putrajaya.










2 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...wah bestnya bila la nak pi sana ni...:)

    BalasPadam
  2. sedih kita tak dapat pergi walaupaun seminggu tak sempat juga pergi..=__='

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com